Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh

Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang ditemui berlumuran darah di atas jalan di Kampung Kubang Getah, Ketereh, Kota Bharu lewat tengah malam tadi.

Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 20-an itu ditemui oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Difahamkan, wanita itu ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas jalan sebelum disedari sudah tidak bernyawa.

Orang ramai pada awalnya menyangka mangsa sedang tidur, namun selepas diperiksa, mangsa dipercayai telah meninggal dunia dan pihak polis segera dihubungi.

Menurut maklumat awal, mangsa turut mempunyai kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman di bahagian perut, belakang dan muka, selain terdapat kesan darah pada muka serta badan.

Mayat wanita tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti waris.

BERKAITAN:
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak



Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.

Usaha mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri sedang dijalankan.


Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!