Dah Jadi ‘Pilot’ Pun Masih Mahu Edar Dadah, Juruterbang Malaysia Ditahan Di Jakarta

Seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram dadah ke Jakarta.

Lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai berlepas dari Kuala Lumpur sebelum ditahan sejurus tiba di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada malam Selasa lalu.

Menurut laporan Astro AWANI, penahanan suspek disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan.

“Ya PDRM sudah dimaklumkan (mengenai penahanan suspek) dan sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Indonesia,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Bagasi Mencurigakan Dikesan Mesin Pengimbas

Dadah berkenaan ditemukan selepas pegawai kastam Indonesia mengesan sebuah bagasi mencurigakan ketika melalui pemeriksaan mesin pengimbas sinar-X.

Pemeriksaan lanjut menemukan 14 bungkusan besar mengandungi pil ekstasi dan satu bungkusan syabu dengan anggaran berat keseluruhan kira-kira 25 kilogram.

Siasatan awal mendapati suspek didakwa mengaku bertindak sebagai keldai dadah untuk satu rangkaian penyeludupan antarabangsa.

Dia juga didakwa mengaku dijanjikan bayaran RM50,000 oleh seorang dalang di Malaysia sebagai upah membawa bekalan dadah itu ke Jakarta.

Suspek mendakwa diarahkan mendaftar masuk ke sebuah hotel di Jakarta sebelum dihubungi anggota sindiket untuk menyerahkan bagasi berisi dadah berkenaan.

Dakwa Sudah Tiga Kali Hantar Dadah

Lebih mengejutkan, juruterbang itu didakwa mengaku pernah membawa bekalan dadah ke Indonesia sebanyak tiga kali sebelum ini.

Daripada jumlah tersebut, dua penghantaran dikatakan dilakukan melalui Jakarta, manakala satu lagi ke sebuah wilayah lain di Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia percaya lelaki terbabit merupakan sebahagian daripada rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat serta keseluruhan rangkaian sindiket berkenaan.

Malaysia Airlines Beri Kerjasama

Malaysia Airlines turut mengesahkan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa Indonesia berhubung penahanan seorang juruterbang syarikat itu.

Menurut kenyataan Malaysia Airlines kepada Bernama, syarikat penerbangan nasional berkenaan memandang serius dakwaan yang dikaitkan dengan kakitangannya.

Malaysia Airlines turut memaklumkan akan mematuhi semua proses siasatan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Sumber: Astro Awani

TERKINI

Warga Emas Maut, Empat Cedera dalam Nahas Dua Kereta di Ketereh
|
Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera…
KRW Perkenal Jersi Rasmi bagi Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) secara rasmi memperkenalkan jersi…
[VIDEO] KRW Bangkit Dua Kali Ikat Melaka FC 2-2 di Kota Bharu
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) dua kali bangkit daripada…
Polis Siasat Video Tular Jual Air Ketum Ketika RXZ Members
|
Polis membuka siasatan berhubung dakwaan penjualan air ketum secara…
Jumlah Penduduk Kelantan Bagi Tahun 2026
|
Jumlah penduduk Kelantan dianggarkan meningkat kepada 1,925,300 orang pada…
Dari Penjual Tepi Jalan, Dolly Kini Dibayar Puluhan Ribu Untuk Hidang Teh
|
Di tepi sebatang jalan di Nagpur, India, seorang pemuda…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!