Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra berkenan berangkat pulang ke Kelantan dengan menaiki tren Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Stesen Gombak, Kuala Lumpur.
Foto: Media Pejabat Sultan Kelantan
Menurut kenyataan Media Pejabat Sultan Kelantan, keberangkatan baginda pada 18 November lalu disambut oleh Menteri Besar Kelantan serta Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., Datuk Sri Darwis Abdul Razak.
Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Tengku Kaya Perkasa yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) serta pegawai-pegawai kanan Istana.
Perjalanan empat jam ke Kota Bharu
Perjalanan tren ECRL dari Stesen Gombak bermula pada jam 12.30 tengah hari sebelum tiba di Stesen Kota Bharu pada jam 4.30 petang.
Foto: Media Pejabat Sultan Kelantan
Ini menjadikan tempoh perjalanan yang direkodkan bagi perjalanan berkenaan adalah selama empat jam.
Foto: Media Pejabat Sultan Kelantan
Keberangkatan Tengku Mahkota Kelantan itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Media Pejabat Sultan Kelantan bertarikh 18 November 2026.
