13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia

Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dipercayai memasuki Malaysia secara haram melalui laluan tidak diwartakan di sempadan negara.

Mereka ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan Cawangan Risik Batalion 7 PGA Kuantan di kawasan hutan berhampiran Jalan Kampung Wakaf Zin, Ayer Lanas, Jeli pada jam 7.10 pagi.

Sembunyi Dalam Hutan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, bertindak atas maklumat, pasukan serbuan berjaya menahan tiga lelaki, lapan wanita dan dua kanak-kanak lelaki warga Myanmar yang sedang bersembunyi di kawasan hutan tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kumpulan itu dipercayai baru memasuki Malaysia melalui laluan tidak diwartakan di kawasan sempadan.

Bayar RM3,500 Kepada Ejen

Ahmad Radzi berkata, kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu mengaku menggunakan khidmat seorang ejen warga Myanmar yang dikenali sebagai "Turwia".

Katanya, mereka membayar RM3,500 seorang bagi membolehkan perjalanan masuk ke Malaysia diuruskan.

“Mereka memasuki Malaysia menggunakan pangkalan haram di sekitar kawasan Wakaf Zin, Ayer Lanas, Jeli dengan menaiki bot pada awal pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahu Bekerja Di Lembah Klang

Menurut beliau, semua individu yang ditahan memaklumkan mereka bercadang menuju ke sekitar Lembah Klang untuk bekerja sebagai pekerja am atau pekerja kilang.

Kesemua lelaki kini ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, manakala wanita dan kanak-kanak ditempatkan di Lokap Balai Polis Kuala Balah sehingga siasatan selesai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara tanpa permit sah.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!