Dua Tahun Seludup Diesel Ke Thailand Akhirnya Dicekup PGA

Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup minyak diesel dan petrol ke Thailand sejak kira-kira dua tahun lalu berakhir apabila dia ditahan dalam serbuan di sebuah pangkalan haram di Lubok Gong, Rantau Panjang pada Isnin.

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan dalam Operasi Taring Wawasan yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pasir Mas kira-kira jam 1.30 petang.

270 Liter Diesel Dirampas

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota Strike Force Sektor A Rantau Panjang, Kompeni A Batalion 8 PGA menemui seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah pangkalan haram zink merah.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut menemukan sembilan tong plastik yang mengandungi minyak diesel dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

“Sebanyak 270 liter minyak diesel bernilai RM1,314.90 dirampas dalam operasi tersebut.

“Lelaki terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan sebelum kes dirujuk kepada KPDN Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Guna Taktik Elak Dikesan

Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam aktiviti penyeludupan bahan api itu sejak kira-kira dua tahun lalu.

Menurut Ahmad Radzi, suspek dipercayai membeli diesel di beberapa stesen minyak sekitar Kota Bharu yang kurang mendapat perhatian pihak berkuasa.

Katanya, suspek hanya mengisi minyak sekali sehari di setiap stesen bagi mengelakkan pembelian berulang yang boleh menimbulkan syak wasangka.

Disedut Ke Dalam Tong Sebelum Diseludup

Minyak yang berjaya dikumpulkan kemudian dibawa ke pangkalan haram sebelum disedut daripada tangki kenderaan ke dalam tong plastik.

Bahan api itu dipercayai disimpan sementara sebelum diseludup ke Thailand.

Bagaimanapun, pihak PGA tidak menemui kenderaan yang digunakan suspek ketika serbuan dijalankan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

PGA Rampas 8,800 Helai Kain Batik Seludup Bernilai RM1.76 Juta Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk…
Kali Pertama Seludup Arak Dari Thailand, Dua Lelaki Dicekup PGA Di Rantau Panjang
|
Cubaan pertama dua lelaki untuk menyeludup masuk minuman keras…
Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!