Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan

Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang kini dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula jam 5 petang hari ini menerusi jalan lencongan sementara yang siap dibina.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Dato' Dr Izani Husin menerusi satu hantaran di Facebook.

laluan lojing gua musang dibuka semula


Menurut beliau, pembukaan semula laluan tersebut dijangka melancarkan kembali hubungan penting antara Kelantan, Pahang dan Perak selepas insiden tanah runtuh yang berlaku sebelum ini.

Pengguna Diminta Patuh Arahan Keselamatan

Walau bagaimanapun, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan lalu lintas di kawasan berkenaan.

notis jkr pembukaan jalan lojing gua musang


Pengguna juga diminta mengurangkan had laju kerana kerja-kerja pembaikan cerun masih giat dijalankan di lokasi terbabit.

Penghargaan Kepada Semua Pihak Terlibat

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, JKR Gua Musang, Kementerian Kerja Raya serta semua pihak yang terlibat dalam usaha membuka semula laluan tersebut.

Beliau turut berharap perjalanan semua pengguna jalan raya dipermudahkan dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!