Lebuhraya Sultan Muhammad V Ditutup Tiga Malam Bermula 14 November

Lebuhraya Sultan Muhammad V Ditutup Tiga Malam Bermula 14 November, Ini Laluan Alternatif

Pengguna jalan raya yang melalui Lebuhraya Sultan Muhammad V di Kota Bharu perlu merancang perjalanan lebih awal apabila laluan berkenaan akan ditutup kedua-dua arah selama tiga malam bermula 14 November ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Kota Bharu memaklumkan, penutupan itu membabitkan laluan FT034 Kilometer 5.7 bagi memberi laluan kepada kerja mendirikan struktur paparan iklan dalam rizab Jalan Persekutuan.

Menurut notis yang dikeluarkan JKR, penutupan akan dilaksanakan mengikut jadual berikut:

  • 14 November 2026: 10 malam hingga 6 pagi (15 November).
  • 15 November 2026: 10 malam hingga 6 pagi (16 November).
  • 16 November 2026: 10 malam hingga 6 pagi (17 November).

Sepanjang tempoh berkenaan, kedua-dua arah laluan akan ditutup kepada semua trafik.

Bagi melancarkan pergerakan kenderaan, pengguna jalan raya disarankan menggunakan dua laluan alternatif yang disediakan iaitu:

  1. FT3 Jalan Kota Bharu–Kuala Terengganu.
  2. FT8 Kota Bharu–Gua Musang.

JKR Jajahan Kota Bharu turut memohon kerjasama pengguna jalan raya supaya mematuhi papan tanda keselamatan yang dipasang sepanjang tempoh kerja pembinaan dijalankan.

902005573_1838739403818398_8556493931719383172_n


Sebarang maklumat lanjut atau aduan berkaitan pengurusan trafik boleh disalurkan kepada Pegawai Pengurusan Trafik, Azli menerusi talian 019-9950567.

JKR turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!