Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Ketika Main Pasir Di Pasir Puteh

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut manakala bapa saudaranya cedera selepas dipercayai dihempap tiang konkrit ketika bermain pasir berhampiran rumah mereka di Kampung Telaga Papan, Semerak, Pasir Puteh pada Jumaat.

BERKAITAN:
“Ma Jangan Marah, Saya Nak Mati Dah” – Kanak-Kanak Maut Dihempap Konkrit

“Jangan Salahkan Isteri Saya” – Bapa Budak Autisme Maut Dihempap Konkrit


Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Mohamad Yusof Nor Ismail disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

kanak kanak dihempap tiang konkrit pasir puteh


Bapa saudaranya, Muhamad Yunus Nasir yang juga berusia 12 tahun pula dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tok Bali, Pegawai Bomba Kanan I Fakarudin Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.55 petang.

Orang Awam Sempat Selamatkan Mangsa

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa yang dihempap telah berjaya diselamatkan terlebih dahulu oleh orang awam.

“Tiba di lokasi kejadian, kami mendapati kedua-dua mangsa yang dihempap telah berjaya diselamatkan oleh orang awam.

kanak kanak maut dihempap tiang konkrit


“Kami memberikan rawatan awal dan menyerahkan kes ini kepada pihak polis dan KKM untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Dipercayai Sedang Gali Lubang Sebelum Dihempap

Fakarudin berkata, maklumat awal mendapati kedua-dua kanak-kanak dipercayai sedang bermain dan menggali lubang di kawasan tanah berpasir berhampiran rumah.

BERKAITAN:
“Ma Jangan Marah, Saya Nak Mati Dah” – Kanak-Kanak Maut Dihempap Konkrit

“Jangan Salahkan Isteri Saya” – Bapa Budak Autisme Maut Dihempap Konkrit


Namun mereka dikatakan dihempap sebuah tiang konkrit yang berada berhampiran kawasan tersebut.

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!