“Ma Jangan Marah, Saya Nak Mati Dah” – Kanak-Kanak Maut Dihempap Konkrit

Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan intelektual sempat merayu agar ibunya tidak memarahinya sebelum maut selepas dihempap tiang konkrit ketika bermain dan menggali lubang di kawasan pasir di hadapan rumah di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh petang semalam.

BERKAITAN:
Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Ketika Main Pasir Di Pasir Puteh

“Jangan Salahkan Isteri Saya” – Bapa Budak Autisme Maut Dihempap Konkrit


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Yusof disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bapa saudaranya, Muhamad Yunus Nasir, 12, pula cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ibu Cuba Angkat Sendiri Blok Konkrit, Tapi Terlalu Berat

Ibu mangsa, Nurul Anis Abdul Rahman, 36, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah sebelum dimaklumkan oleh anak perempuannya, Siti Nur Amyliana, 10, bahawa abangnya dihempap blok konkrit.

Menurutnya, dia terus bergegas ke kawasan hadapan rumah dan cuba mengangkat sendiri blok konkrit itu namun gagal kerana binaannya terlalu berat.

“Saya sudah tiada cara lain sebelum terus berlari kira-kira 100 meter untuk meminta pertolongan penduduk kampung.

“Dengan bantuan kira-kira tujuh penduduk kampung, blok konkrit itu berjaya diangkat, namun keadaan Mohammad Yusof ketika itu sudah terlalu lemah dan Muhammad Yunus pula cedera,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Tengku Anis, malam tadi.

Rayuan Terakhir Buat Ibu Buat Ramai Sebak

Nurul Anis berkata, dalam keadaan lemah, anaknya sempat mengucapkan kata-kata terakhir yang membuatkan dirinya tidak mampu menahan sebak.

“Mohammad Yusof sempat berkata kepada saya ‘Ma jangan marah, saya nak mati dah’.

“Saya yang sudah menangis hanya mampu memangku dan memeluknya dengan harapan agar dia dapat terus bertahan,” katanya.

Disahkan Meninggal Dunia Di Lokasi

Menurut Nurul Anis, anaknya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi sebelum mayat dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat.

Muhamad Yunus pula dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Mangsa dan bapa saudaranya merupakan murid Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Dalam Rhu.

Nurul Anis memaklumkan, Mohamad Yusof merupakan OKU kategori ketidakupayaan intelektual atau autisme.

BERKAITAN:
Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Ketika Main Pasir Di Pasir Puteh

“Jangan Salahkan Isteri Saya” – Bapa Budak Autisme Maut Dihempap Konkrit


Jenazah Mohamad Yusof akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wakaf Berangan selepas urusan bedah siasat selesai.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!