“Jangan Salahkan Isteri Saya” – Bapa Budak Autisme Maut Dihempap Konkrit

Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang maut dihempap blok konkrit di Pasir Puteh merayu orang ramai agar tidak menyalahkan isterinya atau keluarga berhubung tragedi menimpa anak sulung mereka, Mohammad Yusof Nor Ismail.

Bapanya, Nor Ismail Nasir, 52, berkata anaknya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran selain hiperaktif, menyebabkan arwah agak sukar dikawal.

Bapa Terima Panggilan Ketika Sedang Bekerja

Nor Ismail berkata, ketika kejadian berlaku dia berada di Pasir Mas kerana bekerja memasang cermin sebelum menerima panggilan daripada isterinya, Nurul Anis Abdul Rahman, 36, memaklumkan anak mereka terjatuh.

Katanya, dia ketika itu menyuruh isterinya segera membawa anak ke hospital.

“Tiba di rumah, saya lihat ada polis. Anak saya autisme dan buas, saya tak boleh cakap apa, saya reda dengan kejadian,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Gedombak, Pasir Puteh hari ini.

Menurutnya, sebelum ini arwah tidak pernah bermain di kawasan blok konkrit yang dianggarkan seberat lebih 200 kilogram.

Namun dia mengakui anaknya terlalu aktif, walaupun isterinya serta ahli keluarga sudah menjaga arwah sebaik mungkin.

Ibu Cerita Detik Menyayat Hati Anak Masih Bernyawa

Sementara itu, Nurul Anis berkata ketika kejadian dia berada di dalam rumah bersama tiga anak mereka yang lain iaitu Muhammad Sharif, 8, Muhammad Hadif, 6, dan Muhammad Ammar, 2 tahun.

Manakala Mohammad Yusof bersama adiknya, Siti Nur Amaliana, 10, serta bapa saudaranya Mohd Yunus Nasir, 12, bermain di halaman rumah.

Katanya, Siti Nur Amaliana kemudian berlari masuk ke rumah memaklumkan bahawa dua kanak-kanak itu jatuh ke dalam pasir dan ditindih batu.

“Saya ke tempat kejadian dan lihat anak terlangkup dalam pasir, saya panggil lima hingga enam orang kampung untuk bantu alihkan konkrit itu dan saya turun dalam pasir untuk ambil anak,” katanya.

Menurut Nurul Anis, selepas berjaya dibawa keluar, anaknya masih bernyawa dan sempat mengucapkan kata-kata yang membuatkan dirinya tidak mampu menahan sebak.

“Selepas berjaya bawa naik, anak masih bernyawa dan sempat beritahu ‘Mat dah nak pergi, tak dapat pergi sekolah dah.’

“Arwah juga sempat pesan kalau dia tak ada, duduk rumah Moksu Yah (Nor Aziah Nasir, 48) di Kampung Seri Gedombak,” katanya sayu.

Selamat Dikebumikan Jam 1.20 Pagi

Jenazah Mohammad Yusof selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wakaf Berangan pada jam 1.20 pagi selepas urusan bedah siasat di Hospital Tengku Anis (HTA).

Sementara itu, Mohd Yunus yang turut dihempap blok konkrit kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Difahamkan, kedua-dua kanak-kanak terbabit adalah OKU pembelajaran dan mengikuti kelas khas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu.

BERKAITAN:
“Ma Jangan Marah, Saya Nak Mati Dah” – Kanak-Kanak Maut Dihempap Konkrit

Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Ketika Main Pasir Di Pasir Puteh


Semalam media melaporkan kanak-kanak malang itu maut selepas dihempap blok konkrit ketika bermain korek pasir di hadapan rumah di Kampung Telaga Papan, Semerak kira-kira jam 2.30 petang.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi Tujuh Bulan Di Sebuah Taska
|
Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari…
Wakil Rakyat Tular Bermain ‘Game’ Dan Merokok Ketika Mesyuarat Berkaitan Kesihatan
|
Nama Ahmad Syahri Assidiqi kini menjadi perhatian warga Indonesia…
Amir Raja Lawak Tak Malu Jual Besi Buruk, Tegur Sikap Suka Minta Bantuan Tanpa Berusaha
|
Pelawak Amir Raja Lawak menegur sikap segelintir individu yang…
[VIDEO] Ibu Ayah Tertuduh Tengok Anak Basuh Kereta Dari Tengah Malam Sampai Ke Pagi
|
Tragedi kematian seorang mahasiswi yang ditemukan tidak bernyawa di…
Harga Makanan Dijangka Naik Separuh Kedua Tahun Ini – Mohamad Sabu
|
Kerajaan menjangkakan harga makanan akan meningkat pada separuh kedua…
Pelajar Meninggal Dunia Di Asrama Sekolah Di Gua Musang, Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah
|
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun disahkan meninggal dunia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!