Murid Tahun Satu Ditemui Trauma, Cedera Dalam Tandas Sekolah, Dakwa Dipukul Guru Besar

Seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di Johor Bahru ditahan polis bagi membantu siasatan selepas didakwa memukul seorang murid tahun satu di sekolah tersebut, Selasa lalu.

Guru lelaki berusia 48 tahun itu ditahan selepas bapa mangsa membuat laporan polis susulan kejadian yang dikatakan berlaku sekitar 7.39 pagi.


Mangsa Ditemui Trauma Dan Cedera

Terdahulu, murid lelaki berusia tujuh tahun itu ditemui dalam keadaan trauma serta cedera di dalam tandas sekolah.

Kanak-kanak itu mendakwa dia dipukul oleh guru besar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Radin Ramlan Radin Taha mengesahkan penahanan suspek pada hari sama kira-kira 4.55 petang di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.


Direman Tiga Hari

Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke mahkamah dan memperoleh perintah reman selama tiga hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Peruntukan itu melibatkan mana-mana individu yang mempunyai jagaan terhadap kanak-kanak dan menganiaya, mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak kepada keadaan yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.


Kisah Tular Di Facebook

Sementara itu, kejadian tersebut turut menjadi perhatian selepas satu hantaran dimuat naik oleh ibu saudara mangsa di Facebook menjadi tular.

Menurutnya, kanak-kanak itu hadir ke sekolah seperti biasa pada hari kejadian sebelum keluarganya menerima panggilan memaklumkan mangsa ditemui dalam tandas sekolah dalam keadaan cedera.

“Kakak saya dan suaminya terus bergegas ke sekolah dan mendapati anak mereka dalam keadaan trauma, dengan luka dan darah di bahagian mulut serta muka yang bengkak.

“Anak saudara saya kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut. Dia memaklumkan bahawa dia dipukul oleh guru besar sekolah,” katanya.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!