Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh

Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Khamis selepas dipercayai terjatuh dari kerusi di rumah pengasuh, Isnin lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.15 petang di sebuah rumah pengasuh di Taman Permaipura Ceria, Bedong.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa.

Menurut beliau, pengadu memaklumkan menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memberitahu anaknya terjatuh dari sebuah kerusi kecil ketika sedang disuap makan.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 11 bulan itu dijaga oleh pengasuh terbabit di rumahnya di Taman Permaipura Ceria, Bedong sebelum kejadian berlaku.

“Selepas terjatuh, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dibawa mendapatkan rawatan,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa yang menerima rawatan sejak kejadian itu disahkan meninggal dunia pada jam 10.42 pagi Khamis ketika dirawat di HSB.

Difahamkan, bayi berkenaan merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri yang kedua-duanya bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta.

Sementara itu, seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang dipercayai pengasuh kepada mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Hanyan, suspek dijangka dibawa ke mahkamah pada Jumaat bagi permohonan reman untuk melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!