Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran

Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.

Hakikatnya, menurut laporan Bernama, yang semakin sukar bukan mencari penonton, tetapi mendapatkan permit persembahan dan melahirkan pelapis baharu.

Itulah luahan Tok Dalang Wayang Kulit Kelantan, Mohammad Hafiza Che Ya atau Pak Cu yang sudah hampir 30 tahun mempertahankan seni warisan itu.

c31b26ee201c9f150f2269b2030eb9736a644af96b48e

Tok Dalang Wayang Kulit Kelantan, Mohammad Hafiza Che Ya atau Pak Cu | Foto: Bernama


Menurut beliau, penonton masih ramai, malah golongan muda juga mula menunjukkan minat.

Namun setiap kali mahu mengadakan persembahan, proses mendapatkan permit kini jauh lebih mencabar berbanding dahulu.

Wayang kulit yang dipersembahkan hari ini juga sudah berubah mengikut peredaran zaman.

Pak Cu menjelaskan persembahan kini mematuhi garis panduan patuh syariah dan tidak lagi mengandungi unsur pemujaan yang pernah dikaitkan dengan seni tersebut suatu ketika dahulu.

Bagi menarik minat generasi muda, dialog persembahan turut diselitkan dengan unsur komedi dan isu-isu semasa, namun mesej moral tetap dikekalkan.

Menurut Bernama, kebimbangan terbesar Pak Cu ketika ini ialah jumlah Tok Dalang yang semakin berkurangan.

Di sekitar Kota Bharu, hanya tinggal tiga Tok Dalang senior yang masih aktif.

Lebih membimbangkan, hanya tiga orang pelapis sedang menjalani latihan.

Bagi Pak Cu, Wayang Kulit Kelantan bukan sekadar hiburan.

Ia adalah warisan yang perlu dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman.

"Saya mempertahankan wayang kulit ini kerana tidak mahu ia hilang. Generasi hari ini hanya menyambung apa yang telah diusahakan oleh orang terdahulu."

Sumber: Bernama

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!