Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok

Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran dalam pusingan 16 terbaik Tammanat Piala FA Golok apabila menentang kelab Thailand, Abu Sirin FC, di Stadium Suntiparp, Sungai Golok jam 5 petang hari ini.

Selain memburu tempat ke suku akhir, perlawanan itu turut menjadi medan penting buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim bagi mempersiapkan pasukan menjelang saingan Liga Super musim 2026/2027.

Abu Sirin FC bukan lawan yang boleh dipandang mudah apabila kelab dari Thailand itu pernah muncul juara Piala Wanchai, sekali gus dijangka memberi ujian sebenar kepada KRW FC.

Menurut perkongsian rasmi Kelantan Red Warrior FC, dua pemain import, Emmanuel Mbarga dan Dandada Musa, dijangka kembali disenaraikan selepas beberapa hari menjalani latihan bersama pasukan.

Kehadiran semula kedua-dua pemain itu pastinya memberi lebih banyak pilihan kepada Irfan Bakti dalam membentuk kesebelasan terbaik menjelang sepak mula Liga Super.

Dalam masa sama, beberapa pemain percubaan juga dijangka diberikan peluang beraksi bagi membuktikan kemampuan mereka sebelum senarai akhir pemain dimuktamadkan.

Bagaimanapun, identiti pemain-pemain tersebut masih belum didedahkan dan dijangka diumumkan pada hari perlawanan.

Bagi penyokong yang tidak dapat hadir ke Stadium Suntiparp, pihak kelab turut menyediakan siaran langsung secara Pay-Per-View (PPV) menerusi platform rasmi KRW FC disini: https://krw.bcl.my/form/live26july

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!