Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah

Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dipercayai dikurung di dalam sebuah stor di belakang rumah akhirnya terbela selepas diselamatkan polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes pengabaian kanak-kanak itu kira-kira jam 7.22 malam di sebuah rumah di Taman Tuanku Jaafar.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga sejak berusia setahun lapan bulan.

Tinggal Dalam Stor Ketika Cuti Sekolah

Mohd Yatim berkata, sepanjang cuti persekolahan pada Mei hingga Jun, mangsa dipercayai tinggal di dalam stor yang terletak di belakang rumah.

Walaupun stor itu tidak berkunci, kanak-kanak tersebut hanya dibenarkan masuk ke dalam rumah untuk menggunakan tandas sebelum diarahkan kembali ke stor.

Lebih menyedihkan, mangsa dikatakan hanya diberi makan sebanyak dua kali sehari.

Didakwa Sering Dimarahi Dan Dipukul

Menurut beliau, mangsa juga dipercayai sering dimarahi dan dipukul oleh ibu angkatnya atas pelbagai perkara kecil termasuk didakwa mencuri makanan pada waktu malam.

Susulan itu, polis segera menyelamatkan mangsa dan membawanya ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan lanjut.

"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan ringan termasuk calar pada bahu dan pipi kanan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ibu Angkat Ditahan

Berikutan kejadian itu, seorang wanita berusia 46 tahun yang dipercayai ibu angkat mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Polis turut memaklumkan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Seremban bagi melengkapkan siasatan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!