Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat

Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri sepanjang 99 kilometer di kawasan sempadan Thailand-Malaysia yang dikenal pasti mudah dicerobohi.

Menurut laporan Harian Metro yang memetik Thai PBS World, pembinaan pagar itu melibatkan laluan dari daerah Tak Bai, merentasi Sungai Golok hingga ke daerah Waeng di wilayah Narathiwat.

Panglima Wilayah Selatan Thailand, Leftenan Jeneral Narathip Poynok, berkata langkah tersebut diambil bagi menghalang pergerakan kumpulan pemberontak serta aktiviti penyeludupan yang menggunakan laluan sempadan antara kedua-dua negara.

Ketika ini, hanya sebahagian kecil kawasan sempadan di Narathiwat dilengkapi pagar keselamatan, sistem pencahayaan dan kamera litar tertutup (CCTV).

Sungai Golok yang menjadi sempadan semula jadi antara daerah Sungai Golok di Thailand dan negeri Kelantan mempunyai beberapa kawasan yang sempit serta cetek.

Keadaan itu memudahkan individu menyeberang antara Malaysia dan Thailand, terutama ketika musim kemarau.

Projek pembinaan pagar itu diaktifkan semula susulan serangan maut di daerah Ra-ngae pada Rabu lalu yang mengorbankan lima anggota renjer separa tentera Thailand.Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa Thailand masih belum mengumumkan sumber pembiayaan atau tarikh sebenar projek berkenaan akan dimulakan.

Kumpulan pemberontak dipercayai sering melarikan diri dan mendapatkan perlindungan di Kelantan apabila operasi keselamatan dilancarkan oleh pihak berkuasa Thailand.

Laporan itu turut mendakwa sebahagian anggota kumpulan pemberontak berkenaan dipercayai memiliki dua kerakyatan.

Sumber: Harian Metro / Thai PBS World

TERKINI

Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Sejarah Tercipta! Aliff Rakib Raih Gelaran Dunia Pertama Malaysia Di ONE Championship
|
Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!