Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan

Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang didakwa mewakili komuniti Rohingya di Kelantan, yang memaparkan pelantikan ketua masyarakat bagi beberapa daerah di negeri ini.

Laman yang dikenali sebagai Masyarakat Rohingya Kelantan (MRK) itu dikatakan memuat naik perkembangan serta senarai lantikan ketua daerah dalam kalangan komuniti berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Bagaimanapun, semakan KD mendapati laman tersebut tidak lagi boleh diakses dan dipercayai telah dipadam atau disekat oleh pentadbirnya.

Pada masa sama, carian juga menunjukkan tiada pendaftaran pertubuhan tersebut ditemui di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Difahamkan, kewujudan aktiviti seumpama itu dikhuatiri berlaku secara tidak rasmi dalam kalangan komuniti terbabit.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 13,000 etnik Rohingya berada di Kelantan, dengan dakwaan ada kemasukan melalui sempadan Thailand yang berlaku dari semasa ke semasa.

Setakat ini, tiada pengesahan lanjut berhubung kesahihan struktur organisasi yang tular itu.

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!