Main Sorok-Sorok Dalam Kereta Api, Akhirnya Bertemu Keluarga Selepas 35 Tahun

Niat sekadar bermain sorok-sorok ketika kecil bertukar menjadi detik yang memisahkan seorang kanak-kanak daripada keluarganya selama 35 tahun sebelum akhirnya mereka dipertemukan semula.

Lei Zeqing, seorang lelaki pekak dan bisu dari China, berjaya bertemu semula dengan bapa, abang dan kakaknya pada 11 Jun lalu selepas ahli keluarganya datang dari wilayah Henan ke Shenzhen.

Tertidur Dalam Kereta Api Hingga Terbawa Jauh

Menurut laporan, kejadian bermula pada tahun 1991 apabila Lei yang masih kecil bermain sorok-sorok bersama rakan-rakannya sebelum secara tidak sengaja menyelinap masuk ke dalam sebuah kereta api.

Dia kemudian tertidur di bawah tempat duduk tanpa menyedari kereta api itu telah bergerak meninggalkan kampung halamannya.

af5301df-7817-4b85-8149-b6b9591fa7c0_8bbd3cf7


Apabila terjaga, Lei mendapati dirinya berada di tempat yang asing. Keadaan menjadi lebih sukar kerana dia tidak mampu bercakap dan mempunyai masalah pendengaran, menyebabkan dia gagal meminta bantuan atau menjelaskan identitinya.

Sejak itu, Lei hidup sebagai gelandangan di sekitar stesen kereta api di Shenzhen.

Dibantu Individu Baik Hati

Nasib Lei mula berubah apabila dia bertemu seorang wanita yang dianggap sebagai "ibu" pertamanya di Shenzhen. Wanita itu mengajarnya menulis sebelum berpindah ke Hong Kong lima tahun kemudian.

Selepas itu, seorang pemilik restoran dikenali sebagai Hong Qingxian mengambil Lei bekerja, menyediakan tempat tinggal, makanan serta menjaganya bersama isteri seperti anak sendiri selama hampir tiga dekad.

Menurut Hong, dia sentiasa menggalakkan Lei supaya menyimpan wang dan terus berusaha mencari keluarga kandungnya.

Cara Tulis Nama Jadi Petunjuk

Lei tidak pernah berputus asa dan terus berkongsi mesej pencarian keluarganya di media sosial selain mengembara ke beberapa wilayah berdasarkan ingatan zaman kecil.

Usahanya akhirnya membuahkan hasil apabila abangnya, Lei Zehu yang juga pekak dan bisu, menemui mesej tersebut dalam sebuah aplikasi sembang.

Abangnya mengenali Lei menerusi tabiat unik adiknya yang menulis nama secara terbalik, satu kebiasaan yang masih dikekalkan sejak kecil.

Ujian DNA Sahkan Pertalian Darah

Bagi mengesahkan identiti, Lei menjalani ujian DNA dengan ditemani Hong ke balai polis.

Hanya dua jam selepas pertemuan mereka, keputusan ujian DNA mengesahkan mereka benar-benar mempunyai pertalian darah.

Sebagai tanda penghargaan, Lei bersama keluarga kandungnya mengadakan majlis ringkas bagi mengucapkan terima kasih kepada Hong dan isterinya yang menjaga Lei selama ini.

65528bab-900a-47c6-a027-1d6a0f5f5515_2f2f8a9c


Lei turut berjanji akan terus berbakti kepada kedua-dua keluarga yang telah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Kisah menyentuh hati itu mengundang perhatian ramai netizen yang menyifatkan Lei bertuah kerana bukan sahaja berjaya menemui semula keluarga kandungnya, malah dikurniakan keluarga angkat yang menjaganya dengan penuh kasih sayang selama bertahun-tahun.

Sumber: Siakap Keli, South China Morning Post

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!