Negara Lain Boleh ‘Kiamat’ Jika Indonesia Henti Eksport Sawit – Menteri

Indonesia memberi bayangan bahawa penghentian eksport minyak sawit untuk memenuhi keperluan tenaga domestik boleh memberi kesan besar kepada negara-negara pengimport.

Menteri Pertanian Indonesia, Andi Amran Sulaiman berkata, kedudukan negara itu sebagai pengeluar kelapa sawit terbesar dunia memberikan kelebihan dalam perdagangan antarabangsa.

Beliau membangkitkan kemungkinan hasil sawit yang sebelum ini dieksport digunakan sepenuhnya untuk pengeluaran biodiesel bagi kegunaan dalam negara.

“Pertanyaan saya, kalau ini (ekspor) dihentikan, lalu dijadikan biosolar di dalam negeri, kiamat tidak negara lain? Kiamat ya, kalah enggak nuklir, bom atom? Kalah,” katanya pada Isnin

.

India, China dan Pakistan antara pengimport

Menurut Amran, minyak sawit Indonesia selama ini dieksport ke beberapa negara utama termasuk India, China, Pakistan dan Amerika Syarikat.

Justeru, beliau melihat kedudukan Indonesia sebagai pengeluar terbesar dunia memberikan daya tawar yang kuat dalam perdagangan antarabangsa.

Kenyataan itu hadir ketika kerajaan Indonesia terus menggalakkan usaha mencapai kemandirian dalam sektor makanan dan tenaga.

Indonesia capai swasembada lapan komoditi

Dalam perkembangan berkaitan, Indonesia dilaporkan telah mencapai swasembada bagi lapan daripada 11 komoditi makanan strategik.

Bagaimanapun, negara itu masih bergantung kepada import bagi tiga komoditi iaitu kacang soya, bawang putih dan daging ruminan.

Usaha memperkukuh pengeluaran domestik itu menjadi sebahagian daripada langkah Indonesia mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan luar.

Sumber: Kompas

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!