Delegasi Kelantan Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Lumpur Di Aceh

Sokongan berterusan rakyat Malaysia khususnya dari Kelantan terus dihargai masyarakat Aceh yang kini mula bangkit selepas dilanda bencana banjir lumpur besar di Wilayah Kepulauan Sumatera, Indonesia.

Penghargaan itu dizahirkan oleh H. Sibral Malasyi, Bupati Pidie Jaya, ketika bersama mengagihkan bantuan yang disumbangkan delegasi Kelantan di Kampung Genting, Pidie Jaya, Aceh pada Sabtu.

Menurut beliau, bantuan berupa periuk nasi elektrik dan dapur memasak amat membantu meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir bandang yang melanda daerah itu.

Delegasi Kelantan lawat mangsa banjir aceh



“Terima kasih banyak kepada Dato’ dan rombongan yang sudah membantu meringankan beban masyarakat kami di Pidie Jaya ini,” katanya.

Delegasi Kelantan yang diketuai Menteri Besar, Mohd Nassuruddin Haji Daud, tiba di Banda Aceh sejak Khamis lalu bagi meninjau sendiri keadaan mangsa banjir lumpur, khususnya di Pidie Jaya.

Sebanyak 160 keluarga di Kampung Guenting menerima bantuan termasuk periuk nasi elektrik, dapur memasak, gas serta wang tunai yang disampaikan oleh Mohd Nassuruddin, disaksikan H. Sibral.

Menteri Besar Kelantan lawat aceh hulur bantuan



Dalam ucapannya, Mohd Nassuruddin menegaskan hubungan persaudaraan sesama umat Islam melangkaui sempadan negara.

“Ini saudara kita, adik-beradik kita. إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌۭ (Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara). Mudah-mudahan kehadiran kami dapat menambahkan semangat saudara kita di sini,” katanya.

Terdahulu, Mohd Nassuruddin turut meninjau keadaan masyarakat Aceh yang perlahan-lahan bangkit selepas diuji dengan musibah besar tersebut.

BERKAITAN: Dua Serambi Bertemu Demi Kemanusiaan, MB Kelantan Ziarah Aceh Pasca Banjir



Bencana banjir lumpur dan tanah runtuh yang melanda beberapa wilayah di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat pada hujung November lalu telah mengorbankan seramai 1,178 nyawa, selain menyebabkan ratusan ribu penduduk terjejas serta kehilangan tempat tinggal.

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!