Nenek Dari Indonesia Bebas Hukuman Mati Selepas 15 Tahun Di Penjara Malaysia

Seorang nenek warga Indonesia yang menghabiskan kira-kira 15 tahun di penjara Malaysia selepas dijatuhi hukuman mati atas kesalahan dadah akhirnya dibebaskan dan pulang ke tanah air selepas menerima pengampunan.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), wanita berusia 66 tahun itu, yang dikenali sebagai Ani Anggraeni, menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada Khamis selepas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang memberikan pengampunan pada 19 Mac, beberapa hari sebelum Aidilfitri.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut nama sebenar wanita tersebut ialah Asih, manakala nama “Ani Anggraeni” didakwa diletakkan pada pasportnya oleh sindiket tanpa pengetahuannya.

“Saya rasa seperti tidak percaya, tapi ia benar,” katanya kepada SCMP. “Saya hanya bersyukur dapat kembali ke Indonesia dan bertemu keluarga.”

Diperdaya Dengan Tawaran Kerja

Asih dilaporkan meninggalkan Indonesia pada tahun 2011 selepas ditawarkan pekerjaan sebagai penjaga di Malaysia oleh seorang wanita bernama Duwi yang menjanjikan gaji tinggi serta menanggung kos perjalanan dan penginapan.

Namun tanpa pengetahuannya, Duwi didakwa memalsukan nama Asih di dalam pasport dan mengarahkannya supaya tidak menggunakan nama sebenar ketika perjalanan, satu taktik yang disifatkan HAYAT sebagai modus operandi biasa sindiket pemerdagangan manusia.

HAYAT merupakan kumpulan advokasi di Malaysia yang memperjuangkan pemansuhan total hukuman mati dan menyokong keadilan restoratif melalui reformasi dasar dadah serta pengurangan pemenjaraan.

Ditahan Dengan 3.87kg Syabu

Menurut laporan, selepas tiba di Malaysia, Asih diarahkan untuk ke Vietnam bagi mengambil sebuah beg pakaian sebelum menyerahkannya kepada saudara Duwi di Pulau Pinang.

Asih kemudiannya ditahan di Lapangan Terbang Pulau Pinang pada 21 Jun 2011 selepas pihak berkuasa menemui 3.87 kilogram methamphetamine dalam beg berkenaan.

Mahkamah Malaysia kemudian menjatuhkan hukuman mati ke atasnya pada 2012 mengikut Akta Dadah Berbahaya.

Hak Asasi Dakwa Mangsa Eksploitasi

Dalam satu kenyataan bersama, Hayat dan Community Legal Aid Institute di Jakarta menyifatkan kes Asih bukan sekadar kes dadah biasa, sebaliknya menggambarkan unsur penipuan, eksploitasi serta kelemahan sistem perlindungan terhadap wanita miskin migran.

Kedua-dua pertubuhan itu mendakwa wanita seperti Asih bukan dalang sindiket, tetapi menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang diperdaya atau dipaksa membawa dadah tanpa memahami sepenuhnya situasi sebenar.

Menurut mereka, sekurang-kurangnya lapan wanita Indonesia masih dipenjarakan di Malaysia selepas hukuman mati mereka diringankan.

Malaysia Mansuh Hukuman Mati Mandatori

Pembebasan Asih berlaku ketika Malaysia masih melalui proses perubahan dasar selepas memansuhkan hukuman mati mandatori pada 2023, sekali gus memberikan budi bicara kepada hakim dalam 11 kesalahan tertentu serta membuka ruang semakan semula hukuman bagi banduan yang sudah berada di penjara.

Hayat mendakwa jumlah banduan yang berada di penjara menunggu hukuman mati atas kesalahan dadah menurun daripada 705 orang pada 2024 kepada 40 orang pada 2025.

Malaysia juga masih mengekalkan moratorium hukuman mati sejak 2018, dengan hukuman mati terakhir dilaporkan berlaku pada 2017.


Sumber: Independent, SCM, HAYAT

SHARE:

TERKINI

“Sebagai Bapa, Saya Maafkan Guru Berkenaan” – Bapa Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah
|
Tragedi pilu yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Nur…
Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah
|
Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu…
Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan
|
Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam…
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang…
Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita
|
Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan…
AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Jawatan Kosong Kelantan