Pelajar OKU Dari Ketereh Wakili Malaysia Ke Pertandingan IT Dunia

Umur baru 16 tahun, Muhammad Syakir Zailani dari SMK Ketereh sudah tiga kali terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan IT antarabangsa.

Selepas membawa pulang dua emas di Abu Dhabi pada 2023 dan dua emas lagi di Seoul, Korea pada 2024, Syakir bakal ke Vietnam bulan depan.

Dia akan menyertai Global IT Challenge for Youth with Disabilities pada 19 hingga 22 Oktober ini.

Syakir merupakan satu-satunya wakil dari Kelantan untuk penyertaan tahun ini.

Menariknya, Syakir kini berada dalam kelas arus perdana selepas empat tahun mengikuti PPKI dan bakal menduduki SPM.

Di sebalik pencapaian hebat itu, dia merupakan anak kepada ibu yang tidak bekerja dan ayah yang mencari rezeki sebagai buruh kasar.

Kali ini, dia bakal bersaing dalam kemahiran kandungan digital, penyuntingan, poster, video, Excel, PowerPoint, robotik, IoT dan AI.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!