Lahir Tanpa Penglihatan, Anak Kelantan Harumkan Nama Malaysia Dengan Alunan Seruling Hingga Ke Beijing

Bayangkan belajar memainkan alat muzik yang tidak pernah sekali pun anda lihat.

Itulah realiti yang dilalui Mohd Azhar Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Azhar Seruling Emas. Dilahirkan buta pada kedua-dua belah mata, beliau hanya bergantung kepada pendengaran untuk mengenali setiap nada, setiap lubang seruling dan setiap melodi yang dimainkan.

Usahanya tidak sia-sia apabila alunan serulingnya berjaya membawanya membuat persembahan di Beijing, China kira-kira sedekad lalu, satu pengalaman yang disifatkannya sebagai detik paling bermakna dalam hidup.

Azhar berkata, segala-galanya bermula apabila beliau menerima tawaran daripada pelakon dan penggiat seni Sabri Yunus untuk menyertai program Karok Media terbitan Astro.

azhar seruling emas kelantan


“Pada awalnya, saya langsung tidak tahu cara untuk memainkan seruling ini, tambahan pula saya tidak pernah melihat rupa alat muzik tradisional ini kerana dilahirkan buta kedua-dua belah mata. Semuanya bermula selepas saya menerima tawaran daripada pelakon dan penggiat seni tanah air Sabri Yunus untuk menjayakan program Karok Media terbitan Astro.

“Saya anggap tawaran itu sebagai satu dorongan untuk mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Beliau kemudian berlatih dari pagi hingga petang setiap hari sebelum akhirnya berjaya menghasilkan bunyi pertama daripada seruling. Selepas itu, beliau terus belajar sendiri hanya dengan mendengar berulang kali kerana tidak mampu membaca nota muzik seperti orang lain.

744871522_1606753817393483_7401563327672493989_n


“Saya belajar sendiri. Kalau orang lain boleh melihat dan membaca nota atau buku panduan, saya hanya belajar melalui bunyi. Saya dengar berulang kali, kemudian cuba ikut sehingga menjadi,” katanya.

Kini, hasil usaha yang bermula daripada satu peluang, Azhar bukan sahaja dikenali sebagai pemain seruling malah pernah membuat persembahan di hampir seluruh negara dengan membawakan pelbagai genre lagu.

Beliau juga berharap seni permainan seruling tradisional tidak hilang ditelan zaman dan kini sedang melatih anak saudaranya, Mohamad Aidil Ashraf Azizi, untuk meneruskan legasi tersebut.

Azhar Seruling Emas


“Saya sentiasa terbuka untuk mengajar sesiapa yang berminat mendalami seni muzik seruling ini. Buat masa ini saya sedang melatih anak saudara saya Mohamad Aidil Ashraf Azizi, 22, dengan harapan permainan seruling ini akan terus hidup dan diwarisi generasi akan datang,” katanya.

Selain itu, Azhar turut membuktikan bakatnya tidak terhad kepada permainan seruling apabila menghasilkan lagu berjudul Membiru Langit Terbentang, sekali gus menjadi bukti bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang untuk terus berkarya dan mengharumkan nama negara.

Sumber: Bernama

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!