Anggota polis trafik tular santuni kanak-kanak rupanya pengiring MB Kelantan

Hujan renyai tidak menghalang dua kanak-kanak kecil untuk berdiri di tepi jalan sambil memberi tabik hormat — satu pemandangan ringkas tetapi cukup menyentuh hati sehingga membuatkan seorang anggota polis trafik memberhentikan motosikalnya.

Kejadian itu berlaku di Kampung Meranti pada Ahad, melibatkan dua beradik lelaki berusia tujuh dan empat tahun yang setia menunggu di tepi jalan setiap kali terdengar bunyi motosikal polis.

Anggota berkenaan, Koperal Wan Mohd Faizal Wan Azman, 40, bertugas di Cawangan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, berkata tabiat itu telah berlaku sejak kira-kira tiga bulan lalu.

Menurutnya, dua beradik tersebut seolah-olah sudah mengenali bunyi motosikal berkuasa tinggi yang digunakannya ketika mengiringi kenderaan rasmi Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud.

“Kebiasaannya mereka akan keluar sekitar jam 5 hingga 6 petang. Setiap kali lalu, mereka berdiri dan tabik. Saya perasan sudah lama, cuma tak pernah berhenti kerana faktor keselamatan dan prosedur,” katanya.

Namun pada Ahad, sekitar jam 1 tengah hari, selepas selesai tugasan mengiringi Menteri Besar pulang ke rumah di kampung sama, jadual tugasnya agak longgar berbanding kebiasaan.

“Walaupun hujan renyai, dua beradik ini tetap menunggu dan tabik. Saya tersentuh melihat kesungguhan mereka, jadi saya berhenti sekejap untuk menyapa,” katanya.

BACA: Tabik hormat setiap kali lalu, abang polis sempat santuni peminat cilik [VIDEO]



Wan Mohd Faizal berkata, sebagai anggota pengiring, beliau menunggang motosikal Honda ST 1300 milik Polis Diraja Malaysia dan sentiasa perlu peka terhadap persekitaran demi keselamatan pergerakan pemimpin negeri.

Tambahnya, selepas berhenti, salah seorang kanak-kanak itu menyuarakan hasrat untuk merasai pengalaman menaiki motosikal polis.

“Saya benarkan dia naik sekejap. Lepas turun, dia salam saya. Nampak jelas wajahnya gembira,” katanya sambil memaklumkan ibu bapa kanak-kanak itu turut berada berhampiran ketika kejadian.

Anggota kelahiran Rantau Panjang itu telah berkhidmat hampir 19 tahun dalam pasukan polis, termasuk 10 tahun bersama JSPT, dan mula bertugas di Kelantan sejak 2007.

Menurutnya, rakaman yang tular di media sosial dirakam menggunakan kamera peribadi Insta360 yang dipasang pada motosikal sejak 2022 bagi tujuan keselamatan diri semasa bertugas, bukan untuk menghasilkan kandungan.

“Video itu tular kerana momen itu berlaku secara spontan,” katanya.

Beliau turut berharap pengalaman ringkas itu menjadi kenangan bermakna buat dua beradik tersebut.

“Kalau mereka nak jadi polis satu hari nanti, jadilah polis yang baik dan berdisiplin,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!