Nasi berlauk Kak Chik kini terbang hingga ke eropah dan Mekah

Nasi Berlauk Kak Chik yang sinonim dengan penduduk Kelantan kini melangkah lebih jauh apabila mula dinikmati pelanggan sehingga ke Makkah dan negara-negara Eropah, hasil inovasi pensterilan (retort) yang membolehkan hidangan itu bertahan sehingga dua tahun.

Menurut laporan Berita Harian, sebelum ini, antara 3,000 hingga 4,000 bungkus dihantar setiap hari ke Lembah Klang menggunakan van sebagai sajian sarapan dan makan tengah hari untuk penduduk Kuala Lumpur serta Selangor.

Pengusahanya, Che Halimah Che Ahmad, 68, bersama suami, Mat Salleh Awang Teh, 75, berkata kaedah retort mula diperkenalkan dua bulan lalu selepas melihat permintaan tinggi daripada pelanggan yang sering melancong dan bekerja di luar negara.

Perjalanan lebih stabil guna van

Che Halimah berkata pihaknya sebelum ini pernah menggunakan penghantaran udara, namun faktor kelewatan penerbangan menjejaskan kualiti serta rasa nasi berlauk.

“Sekarang dua hingga tiga van akan ambil nasi setiap malam sekitar jam 10 malam, dan akan bergerak ke Kuala Lumpur jam 12 tengah malam sebelum tiba pada jam 6 hingga 7 pagi.

“Nasi sampai masih elok dan boleh dimakan sehingga petang,” katanya.

Pertimbang guna tren ECRL

Beliau tidak menolak kemungkinan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada masa akan datang, bergantung kepada caj dan jadual perjalanan.

“Masa perjalanan hanya empat jam, jadi jika berbaloi, mungkin Nasi Berlauk Kak Chik akan ‘naik tren’ pula selepas ini,” katanya.

Sambutan luar biasa untuk produk retort

Che Halimah berkata produk retort itu tercetus selepas beliau memikirkan kesukaran ramai pelanggan bekerja untuk memasak, selain rungutan pelancong Muslim yang sukar mendapatkan makanan halal di luar negara.

“Alhamdulillah dalam dua bulan ini, produk kami sudah sampai ke beberapa negara Eropah dan Makkah. Sambutan sangat menggalakkan, cuma ramai masih belum tahu tentang produk baharu ini,” katanya.

Hidangan retort itu boleh dimakan terus atau dipanaskan dengan merendam dalam air panas.

Harga kekal meskipun kos meningkat

Walaupun kos bahan mentah termasuk santan semakin meningkat, Che Halimah tetap mengekalkan harga nasi berlauk iaitu RM4 hingga RM4.50 di kedai.



Nasi Berlauk Kak Chik kini mempunyai 70 pekerja, dan permintaan yang tidak pernah putus membuktikan keaslian resipi tradisi masih terus menjadi pilihan ramai.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

“Maaf Ayah Saya Baru Meninggal” – Nota Pada Cermin Kereta Buat Ramai Sebak
|
Tindakan seorang wanita menggantung sekeping nota bertulis “Maaf ayah…
Dalang Penyeludupan Petrol Tumpas, Mampu Jual 60 Tong Sehari Sejak 3 Tahun Lalu
|
Kegiatan penyeludupan petrol yang didalangi seorang lelaki warga Thailand…
Lelaki Maut Tercampak Dari Kereta, Tersangkut Di Pokok Sawit Di Gua Musang
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai tercampak keluar dari keretanya…
Industri Ikan Laga Lubuk Emas Belia Kelantan, Raih Ribuan Ringgit Semalaman
|
Industri penternakan ikan hiasan laga atau Betta yang suatu…
Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!