Eddie Hamid terima anugerah MACP, bukti lagu dialek Kelantan boleh pergi jauh

Selepas bertahun-tahun menghasilkan karya muzik, komposer dan penyanyi terkenal, Eddie Hamid, akhirnya meraih pengiktirafan apabila diangkat sebagai penerima Anugerah Nadi Cipta pada Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2025.

Bagi Eddie, 63, atau nama sebenarnya Abdul Hamid Adenan, anugerah itu bukan sekadar trofi tetapi juga penghapus persepsi negatif terhadapnya selama ini.

“Akhirnya, MACP membuktikan hasil kerja saya diiktiraf sebagai pencipta lagu. Selama ini, ramai sebut saya komposer karya ‘meleleh’ atau lagu kampung, tapi kini semua itu terbukti,” kata Eddie selepas majlis anugerah baru-baru ini.

Bagi penggubah lagu terkenal Setandan Pisang itu, pengiktirafan ini adalah pencapaian paling manis tahun ini. Malah, kata-kata negatif sebelum ini tidak pernah memadam semangatnya untuk terus berkarya, terutama dengan lagu-lagu berdialek Kelantan.

“Kalau dulu saya banyak hasilkan lagu berbahasa Melayu standard, sekarang permintaan banyak pada lagu dialek Kelantan. Itu membuktikan karya sebegini ada pendengar setia, malah menarik perhatian orang luar negeri juga,” ujarnya.

Tambah menyentuh hati, Datuk M. Nasir, maestro muzik dan rakan seperjuangan Eddie, memuji pengiktirafan itu sebagai tepat pada masanya.

“Sejujurnya saya peminat Eddie. Tiada siapa yang boleh hasilkan lagu seperti Eddie. Kalau dia rasa lagu itu tak sedap, memang susah lagu itu nak popular. Itu kelebihan dia,” katanya.

Sepanjang karier sejak akhir 1980-an, Eddie Hamid telah meninggalkan sentuhan epik dalam dunia muzik Malaysia dengan lagu-lagu seperti Rindu Serindu Rindunya, Dirantai Digelangi Rindu, Perpisahan Terakhir, dan Jangan Menangis Sayang.



KD: Seronok tengok komposer legend Kelantan macam Eddie Hamid akhirnya diiktiraf. Lagu kampung pun boleh trending, siapa sangka!

BACA: Macam masuk ke alam mimpi, tak sangka resort ‘aesthetic’ dalam hutan ini ada di Jeli, Kelantan

Sumber: Kosmo

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan