Van Ditinggalkan Di Pangkalan Haram Bongkar 1.3 Tan Beras Siam Diseludup

Penemuan sebuah van yang ditinggalkan di Pangkalan Haram Simpangan di Pengkalan Kubor, Tumpat membongkar kegiatan penyeludupan 1.3 tan beras Siam, dipercayai dibawa masuk dari Thailand.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, van tersebut ditemui hasil rondaan pada jam 7 pagi di kawasan pangkalan haram berkenaan.

Van Tidak Berkunci

Menurut beliau, anggota PGA mendapati kenderaan berkenaan dalam keadaan tidak berkunci dan tiada sesiapa berada di dalam atau sekitar lokasi.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 1,300 kilogram beras Siam dan beras pulut yang dianggarkan bernilai RM5,350.

“Bekalan itu dipercayai diseludup dari Thailand untuk pasaran sekitar Kota Bharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rampasan Diserahkan Kepada Agensi Berkaitan

Semua barangan rampasan telah diserahkan kepada Agensi Kawal Selia Padi dan Beras Negara untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.



Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!