Imam Kelantan Kini Miliki Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Pengurusan Masjid

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menjadi antara institusi terawal di Malaysia yang melaksanakan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) khusus untuk imam dan pegawai masjid.

Program yang dijalankan menerusi Akademi Latihan Al-Muhammadi dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran itu bertujuan meningkatkan kompetensi serta profesionalisme pegawai masjid dalam aspek pengurusan dan pentadbiran.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, program tersebut merangkumi Kursus Pengoperasian Masjid Tahap 1 dan Kursus Penyelarasan Operasi Masjid Tahap 2.

Menurutnya, latihan yang berlangsung selama kira-kira empat bulan itu memberi penekanan kepada latihan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.

“Program yang berlangsung selama kira-kira empat bulan ini memberi penekanan kepada latihan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan, sekali gus menyediakan laluan kemahiran yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.

“Melalui sijil kemahiran ini, imam dan pegawai masjid bukan sahaja berupaya mengurus institusi masjid dengan lebih berkesan, malah kemahiran yang diperoleh boleh dimanfaatkan sekiranya mereka memilih untuk menceburi bidang kerjaya lain pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi SKM dan Tamat Program Murajaah Hafazan al-Quran MAIK di Kota Bharu.

38 Peserta Tamat Program

Setakat ini, seramai 38 peserta berjaya menamatkan program SKM berkenaan.

Daripada jumlah itu, 22 peserta menamatkan Kursus Pengoperasian Masjid Tahap 1 manakala 16 lagi berjaya menamatkan Kursus Penyelarasan Operasi Masjid Tahap 2.

Menurut Tengku Mohamad Rizam, seramai 16 peserta lagi dijadual mengikuti program Tahap 3 dalam masa terdekat.

Katanya, penyertaan akan terus diperluaskan secara berperingkat memandangkan setiap sesi latihan dihadkan kepada 30 peserta sahaja.

“Kita berharap program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu pengurusan dan pengimarahan masjid di Kelantan secara lebih profesional, sistematik dan berkesan,” katanya.

Program Murajaah Hafazan Al-Quran

Dalam perkembangan sama, MAIK turut melaksanakan Program Murajaah Hafazan al-Quran bagi memartabatkan al-Quran di negeri ini.

Program yang berlangsung dari Mei 2025 hingga April lalu itu melibatkan penyertaan 35 masjid di seluruh Kelantan.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!