Program Tahfiz MAIK Berjaya Lahirkan Dua Huffaz Dalam Kalangan Banduan

Program pemulihan akhlak melalui pendidikan al-Quran anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mencatat kejayaan membanggakan apabila dua prospek atau mujahid berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh yang singkat.

Yang Dipertua MAIK, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pencapaian itu membuktikan bahawa institusi pemulihan bukanlah pengakhiran hidup seseorang, sebaliknya boleh menjadi medan melahirkan insan baharu yang berteraskan al-Quran.


Sekolah Tahfiz Khas Untuk Prospek

Menurut beliau, Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Furqan MAIK diwujudkan khusus bagi melahirkan golongan hafiz dalam kalangan prospek, sekali gus membantu proses pemulihan diri mereka.

“Sejak program ini bermula pada Disember 2023, dua huffaz berjaya dilahirkan dan menamatkan hafazan 30 juzuk dalam tempoh singkat. Saya amat bersyukur dengan pencapaian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar Isnin, selepas merasmikan Majlis Khatam Perdana Hafazan Al-Quran Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Furqan di Pusat Pemulihan Akhlak Machang.


Seorang Dipilih Terima Insentif Huffaz MAIK 2026

Dalam perkembangan sama, beliau berkata lebih membanggakan apabila seorang daripada peserta berkenaan dipilih sebagai penerima Insentif Huffaz Al-Quran MAIK 2026.

Ujarnya, program itu menerima sebanyak 121 permohonan, namun hanya 60 peserta berjaya melepasi saringan ketat oleh jawatankuasa panel penilai.


Peserta Terima RM600 Sebulan

Tambah beliau, setiap peserta menerima insentif RM7,200 setahun atau RM600 sebulan.

Mereka juga diberikan tanggungjawab mengetuai program murajaah hafazan di masjid terpilih di seluruh Kelantan.

Menurut beliau, program itu dibiayai menerusi dana zakat serta Wakaf Sultan Mansor bagi menampung operasi, kemudahan pembelajaran, selain elaun guru dan peserta.


Cabaran Peserta Dapat Parol Awal

Namun MAIK mengakui terdapat cabaran apabila ada peserta menerima parol sebelum sempat menamatkan hafazan 30 juzuk.

Bagaimanapun, katanya, mereka ditempatkan di beberapa masjid termasuk di Pengkalan Chepa, Rantau Panjang dan Jeli bagi membolehkan hafazan diteruskan.

MAIK turut menegaskan komitmen untuk terus memperkasa program tersebut demi melahirkan lebih ramai generasi al-Quran yang mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!