Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil seorang pengasas produk bagi membantu siasatan berhubung penganjuran majlis sambutan hari jadi bertemakan bunian dan hantu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut sumber JAHEIK, siasatan terhadap individu berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2019.

Difahamkan, proses mengambil keterangan berlangsung lebih sejam di pejabat agensi itu pada Selasa, dengan individu terbabit hadir bersama suaminya.

Sumber berkenaan berkata, tindakan memanggil pengasas produk itu membuktikan ketegasan Jaheik dalam menangani perkara yang dilihat bercanggah dengan ajaran Islam di negeri ini.

Katanya, pihak berkuasa agama tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan kekeliruan atau bertentangan dengan nilai serta syariat Islam.

Majlis Tular Cetus Pelbagai Reaksi

Terdahulu, tular di media sosial mengenai sebuah sambutan hari jadi yang menggunakan tema bunian dan alam mistik sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sebelum ini, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut menegur trend segelintir masyarakat yang memilih tema bunian dan hantu dalam sambutan hari jadi kerana dikhuatiri bercanggah dengan tuntutan Islam.

BERKAITAN: Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
BERKAITAN: Tular Tema Bunian Sambutan Hari Jadi Founder Di Kelantan Cetus Perdebatan


Beliau berkata, setiap kelahiran anak merupakan kurniaan Allah SWT yang perlu diraikan dengan cara yang menepati syariat serta bukannya melalui perkara yang tidak disukai agama.

Menurutnya, amalan mensyukuri nikmat menuntut seseorang meletakkan sesuatu kurniaan pada tempat yang betul dan selaras dengan kehendak Islam.


Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!