[VIDEO] Rebah Ketika Tahiyat Akhir, Pemergian Pengawal Keselamatan Undang Sebak

Pemergian seorang pengawal keselamatan ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di sebuah surau di Johor Bahru mengundang rasa sebak dalam kalangan masyarakat.

Allahyarham Abdul Malik Zakaria dilaporkan rebah ketika berada dalam tahiyat akhir sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Detik-detik terakhir Allahyarham turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) surau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Taman Daya sebelum rakaman berkenaan tular di media sosial selepas dikongsikan oleh ahli keluarganya.

Keluar Bekerja Seperti Biasa Sebelum Pergi Menghadap Ilahi

Menurut perkongsian keluarga, Allahyarham keluar bekerja seperti biasa pada hari kejadian demi mencari rezeki halal untuk keluarga.

Tiada sebarang petanda yang menunjukkan hari tersebut bakal menjadi hari terakhir buat dirinya bersama insan tersayang.

β€œKeluar bekerja mencari rezeki halal untuk keluarga, dan akhirnya kembali kepada Pencipta dalam keadaan yang sangat dicemburui ramai.

"Arwah rebah ketika tahiyat akhir solat Isyak, saat hati dan jasadnya sedang menghadap Allah SWT,” menurut perkongsian keluarga.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang tersentuh dengan pemergian Allahyarham ketika sedang beribadah.

Anak Kongsi Bapa Sangat Cintakan Rumah Allah

Anak Allahyarham, Noramalina, turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang mendoakan bapanya.

Menurutnya, antara perkara yang paling diingati mengenai Allahyarham ialah kecintaannya terhadap rumah Allah.

Katanya, selagi diberikan kesihatan, bapanya akan berusaha menghadirkan diri ke masjid atau surau berhampiran untuk menunaikan solat berjemaah.

Malah, Allahyarham juga sering membantu sekiranya terdapat sebarang keperluan atau kerja yang memerlukan tenaga dan khidmatnya.

β€œAyah juga seorang yang suka membantu tanpa mengharapkan balasan, menghormati ibu bapa dan sentiasa mengutamakan keluarga,” katanya.

Dibanjiri Ucapan Takziah Dan Doa

Perkongsian mengenai pemergian Allahyarham menerima perhatian meluas daripada orang ramai.

Ruangan komen dipenuhi ucapan takziah serta doa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan dikurniakan keampunan serta rahmat-Nya.

Ramai turut menyifatkan pemergian tersebut sebagai satu pengakhiran hidup yang baik dan menjadi peringatan buat semua mengenai kepentingan amalan serta hubungan dengan Allah SWT.

@snowerrewons

Keluar bekerja mencari rezeki yang halal buat keluarga, dan akhirnya kembali kepada Pencipta dalam keadaan yang sangat dicemburui ramai. Arwah rebah ketika berada dalam tahiyat akhir solat Isya, saat hati dan jasad sedang menghadap Allah SWT pada 15/6/26. Tiada siapa menyangka, sujud dan doa pada malam itu menjadi detik terakhir perjalanannya di dunia. Seorang insan yang menghabiskan harinya mencari nafkah untuk keluarga, dan mengakhiri kehidupannya dalam ibadah kepada Tuhan di surau JPJ Taman Daya JB. Semoga setiap titik peluh yang dicurahkan demi keluarga menjadi amal jariah yang berterusan, dan semoga Allah menerima segala amal kebaikannya, mengampuni segala khilafnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beroleh rahmat. Pergi dalam keadaan yang sedang mengingati Allah, satu pengakhiran yang menjadi dambaan ramai. Al-Fatihah buat arwah paksu, ABDUL MALIK BIN ZAKARIA🀍

♬ original sound - π•œπ•šπ•Ÿπ•˜π•€π•‘π•’π••π•–πŸπŸšπŸœπŸ™β„’ - π•œπ•šπ•Ÿπ•˜π•€π•‘π•’π••π•–πŸπŸšπŸœπŸ™β„’

Sumber: Mingguan Wanita

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!