Delegasi Indonesia Kagum Pendekatan Pentadbiran Islam Kelantan

Pendekatan pentadbiran Islam yang dilaksanakan di Kelantan menarik perhatian delegasi dari Nunukan, Indonesia yang mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud di Kediaman Menteri Besar JKR 10, Kota Bharu, semalam.

Rombongan yang diketuai Ketua Kaukus Perempuan Politik Indonesia (KPPI), Robiyanti Karim Yakub hadir bagi mendalami pelbagai aspek pentadbiran negeri yang berteraskan dasar Membangun Bersama Islam termasuk pelaksanaan syariat, pembangunan masyarakat, kebajikan rakyat dan pemerkasaan wanita.

Menurut Mohd Nassuruddin, Kelantan dibangunkan berasaskan pemerintahan Islam yang menjadikan pengabdian kepada Allah SWT sebagai teras dalam setiap dasar dan tindakan kerajaan negeri.

“Apabila kita berpolitik, kita juga perlu mengabdikan diri kepada Allah. Kalau ada pemerintahan tetapi tiada asas Islam maka kerajaan akan runtuh. Apa yang Islam suruh kita buat, kita buat dan apa yang Islam larang, kita tidak benarkan berlaku di negeri Kelantan,” katanya.

Cuti Jumaat Dan Sabtu Jadi Identiti Kelantan

Beliau berkata, antara dasar yang menjadi identiti Kelantan ialah pelaksanaan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu bagi memberi ruang kepada rakyat menunaikan tuntutan agama, menghadiri majlis ilmu serta meluangkan masa bersama keluarga.

Katanya, Kelantan juga merupakan negeri pertama yang memperkenalkan cuti dua hari seminggu sebelum langkah itu diikuti Kerajaan Persekutuan dan beberapa negeri lain.

“Jumaat ialah hari kebesaran Islam dan hari menuntut ilmu, manakala Sabtu pula hari bersama keluarga,” katanya.

Pelbagai Inisiatif Kebajikan Diperkenalkan

Mohd Nassuruddin turut berkongsi beberapa inisiatif kebajikan yang dilaksanakan kerajaan negeri termasuk bantuan beras Al-It’am kepada golongan miskin, Skim Kifaalah yang menyediakan bantuan pengurusan jenazah RM1,000 kepada warga emas berusia 55 tahun ke atas serta Skim Az-Ziwaaj sebanyak RM1,000 kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama.

Beliau berkata, pembangunan wanita juga terus diberi perhatian menerusi pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa).

“Orang perempuan ialah ibu kepada pemimpin. Jika kita berjaya membentuk para ibu, insya-Allah kita dapat mendidik masyarakat dan melahirkan generasi yang lebih baik,” katanya.

Delegasi Akan Bawa Pengalaman Ke Nunukan

Sementara itu, Robiyanti merakamkan penghargaan atas sambutan yang diberikan kepada delegasi Nunukan sepanjang lawatan dua hari mereka ke Kelantan.

Beliau berkata, lawatan tersebut memberi peluang kepada rombongan melihat sendiri bagaimana nilai agama diterapkan dalam pentadbiran negeri serta kehidupan masyarakat.

diketuai Ketua Kaukus Perempuan Politik Indonesia (KPPI)


“Sangat luar biasa kami dapat hadir ke Kelantan dan mempelajari banyak perkara yang baik. Kami melihat bagaimana masyarakat di sini diberi pengetahuan agama dan bagaimana wanita dididik untuk mengurus keluarga serta membesarkan anak-anak,” katanya.

Menurutnya, antara perkara yang paling menarik perhatian delegasi ialah pengisian ilmu agama yang diadakan secara meluas setiap hari Jumaat di seluruh negeri.

Sumber: inforakyatkelantan.my

SHARE:

TERKINI

Suspek Kes Culik Dua Lelaki Di Kelantan Ditahan Di Terengganu
|
Seorang daripada dua suspek yang dipercayai mendalangi kes penculikan…
BERSAMA Umum Bertanding Dalam Pilihan Raya Di Kelantan
|
Parti BERSAMA mengumumkan langkah memasuki arena politik Kelantan menerusi…
Delegasi Indonesia Kagum Pendekatan Pentadbiran Islam Kelantan
|
Pendekatan pentadbiran Islam yang dilaksanakan di Kelantan menarik perhatian…
Beza Usia 37 Tahun, Suami Akui Isterinya Adalah Cinta Pertama
|
Seorang lelaki berusia 27 tahun mengakui tidak pernah menyesal…
Tampar Polis Selepas Diminta Tunjuk IC, Warga Emas Dipenjara Sebulan
|
Seorang warga emas dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di…
Penyebaran Agama Islam di UPSI ‘ berat sebelah ‘ – Ronnie Liu
|
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!