JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu

Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang tular di media sosial dan memaparkan perkataan dipercayai merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini akan disiasat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat lengkap berhubung perkara itu dan akan mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang ulasan lanjut.

"Nanti kita siasat, saya tak dapat lagi maklumat berkenaan perkara itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia (PePSSM) Kali Ke-2 Tahun 2026 di Putrajaya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sijil nikah etnik Rohingya yang dipercayai memaparkan perkataan JAKIM.PERH/LN.800-7(5) bersama nombor siri, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kaitan dokumen tersebut dengan JAKIM.

Dokumen tular cetus persoalan

Terdahulu, sekeping surat perakuan nikah yang didakwa dikeluarkan oleh Majlis Ulama Rohingya Malaysia menjadi tular di media sosial selepas memaparkan kod yang dipercayai merujuk kepada JAKIM.

Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan pihaknya, termasuk Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), tidak pernah melantik mana-mana pertubuhan untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan membabitkan dokumen sijil nikah Rohingya yang tular.

Dalam kenyataan, JAKIM memaklumkan hasil semakan mendapati dokumen berkenaan bukan merupakan dokumen yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.

kenyataan jakim sijil nikah rohingya



JAIPk: Kad nikah Rohingya tidak diiktiraf

Sebelum ini, pada 15 Jun lalu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menegaskan bahawa Kad Perakuan Nikah yang dikeluarkan atas nama Persatuan Ulama Masyarakat Rohingya Malaysia bukan dokumen yang diiktiraf oleh jabatan berkenaan.

Pengarah JAIPk, Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, ketika ini pernikahan komuniti etnik Rohingya tidak boleh didaftarkan kerana melibatkan isu dasar yang masih diperhalusi oleh pihak berkuasa agama negeri.

Sumber: Utusan, The Reporter

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!