Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia 54 tahun maut selepas dibelasah oleh sekumpulan penduduk kampung dalam kejadian di Banjar Dinas, Daerah Tabanan, Bali, awal pagi Jumaat.
Menurut laporan media Indonesia, kejadian berlaku sekitar jam 1.30 pagi apabila mangsa didakwa cuba memasuki reban ayam milik seorang penduduk.
Jeritan pemilik menyebabkan orang kampung datang beramai-ramai sebelum mangsa dibelasah dengan kejam.
Lebih menyayat hati, anak perempuan mangsa yang masih kecil turut di lokasi dan hanya mampu menangis melihat bapanya dipukul sehingga tidak lagi bernyawa.
Bukan itu sahaja, motosikal milik mangsa turut dibakar oleh kumpulan tersebut.
Mangsa meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak dengan dua di antaranya masih di bangku sekolah berumur 7 dan 15 tahun.
Polis kini telah menahan lima penduduk kampung yang dipercayai mengetuai serangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber: Detik News, Tribunnews
