[VIDEO] Jemaah Subuh Terkejut, Pesara Tentera Meninggal Dunia Ketika Sujud Di Tanah Merah

Jemaah solat subuh di Masjid As-Syakirin Mukim Kelewek, Tanah Merah dikejutkan dengan insiden seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika sedang sujud, pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.09 pagi, Allahyarham Razmi Mohd Nor, 66, yang juga pesara tentera dikatakan tiba-tiba rebah ketika sujud pada rakaat pertama sebelum dibantu beberapa jemaah yang berada berdekatan.

Wakil masjid, Mohd Al-Muntaqim Noor berkata, Allahyarham merupakan jemaah tetap dan sering hadir menunaikan solat berjemaah di masjid berkenaan.

“Dalam kejadian subuh tadi, jemaah sedang menunaikan solat sebelum menyedari arwah tidak bangun dari sujud untuk meneruskan rakaat kedua.

“Ketika masih dalam posisi sujud, arwah tiba-tiba rebah menyebabkan tiga jemaah berdekatan segera membatalkan solat masing-masing untuk memberikan bantuan dan memeriksa keadaan arwah.

“Arwah kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang hadir,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, anak Allahyarham, Mohd Alif Razmi, 27, berkata beliau dimaklumkan mengenai pemergian bapanya oleh ahli keluarga sebelum segera memandu pulang dari Selangor ke kampung halaman.

Menurutnya, bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik, namun menghidap angin pasang selain pernah mengalami strok ringan dua tahun lalu.

“Kematian ayah memang agak mengejutkan tetapi pada masa sama, sangat bersyukur kerana pemergiannya dalam keadaan ‘cantik’, iaitu ketika solat.

“Saya pun tidak tahu apa amalan ayah sehingga Allah memilihnya pergi dalam keadaan sebegitu. Apa saya tahu ialah arwah adalah seorang yang dermawan.

@kelantan.daily

Jemaah solat subuh di Masjid As-Syakirin Mukim Kelewek, Tanah Merah dikejutkan dengan insiden seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika sedang sujud, pagi Selasa. #KelantanDaily #BeritaKelantan

♬ original sound - ♠️𝐄𝐦𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐬 𝐡𝐞𝐫𝐞♠️


“Ayah memang tidak kedekut dan sering membayarkan makan minum sesiapa saja ketika berada di kedai kopi, selain sentiasa solat berjemaah memandangkan jarak rumah hanya kurang 300 meter dari masjid,” katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelewek kira-kira jam 2.30 petang semalam.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Dua Beradik Hilang Ketika Mandi Di Sungai Jeram Hulu, Dua Rakan Berjaya Diselamatkan
|
Detik cemas berlaku di Sungai Jeram Hulu, Manir apabila…
Kuota RON95 BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 150 Liter Sebulan
|
Kuota penggunaan bahan api RON95 bulanan di bawah program…
Kemalangan Ke Sekolah Di Kampung Pek: Murid 7 Tahun Terpaksa Dipotong Kaki Paras Paha
|
Kemalangan membabitkan empat adik-beradik yang dalam perjalanan ke sekolah…
Kes Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM Nurfisya Di Ketereh
|
Kes kematian tragis pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya…
[VIDEO] Kemajuan Terkini Projek Jambatan Palekbang Hubungkan Tumpat-Kota Bharu
|
Satu perkongsian video di TikTok memaparkan perkembangan terkini pembinaan…
Adik Berhenti Kerja Demi Jaga Ayah Dan Abang Terlantar Di Kampung Pendek
|
Satu perkongsian menyentuh hati dari 3rd Force Pasir Mas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!