Pelajar Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Ambil Wuduk Di Sekolah

Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang lagi pelajar Tingkatan Tiga cedera parah selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil wuduk di sebuah sekolah menengah di Daro, Bahagian Mukah, Sarawak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos berkata, pihaknya menerima makluman daripada pihak sekolah mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 malam ketika tiga pelajar lelaki berada di kawasan mengambil wuduk.

Menurut beliau, mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Seorang Lagi Cedera Parah, Dirujuk Ke ICU Hospital Sibu

Rahim berkata, seorang lagi pelajar berusia 15 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Daro sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

“Seorang lagi pelajar lelaki berusia 15 tahun yang turut berada di lokasi kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarawak Energy Dimaklumkan Putus Bekalan Elektrik

Beliau berkata, pihak Sarawak Energy telah dimaklumkan untuk memutuskan bekalan elektrik bagi memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut.

Kes masih dalam siasatan pihak polis.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

JIPS Siasat Anggota Polis Muat Naik Video Tular Didakwa Hina Penduduk China
|
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan…
32 Tahun Beroperasi, Kedai Keropok Musnah Dijilat Api, Kerugian Cecah RM500,000
|
Sebuah premis perniagaan keropok warisan keluarga yang sudah beroperasi…
Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle
|
Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah,…
Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia
|
Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai…
Juruwang Songlap Pin Touch ‘n Go Pasar Raya Lebih RM500,000 Sejak 2022
|
Tindakan seorang bekas juruwang pasar raya menyalahgunakan mesin terminal…
Imam Kelantan Kini Miliki Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Pengurusan Masjid
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!