Tiga Beranak Ditemui Mati Dalam Keadaan Mengerikan Di Rumah Mereka

Bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani membawa kepada penemuan mengejutkan apabila mayat tiga beranak ditemui pada awal pagi Khamis.

Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri, Zikri Abdul Rahman, 65, dan Suraya Man, 53, serta anak lelaki mereka, Muhammad Shakir Zufayri Abdul Aziz, 29.

Dalam kejadian itu, kepala pasangan suami isteri didapati terpisah manakala anggota badan mangsa wanita dipercayai dipotong untuk dilupuskan. Mayat anak mereka pula ditemui di tingkat atas rumah dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 12.30 tengah malam mengenai ketiadaan pasangan suami isteri itu selama tiga hari, selain bau busuk yang kuat dari rumah tersebut.

“Sebaik sahaja anggota tiba di lokasi, rumah dalam keadaan gelap dan berkunci dari dalam. Bau busuk terlalu kuat sehingga memaksa pihak polis memecah masuk,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Merbok pada Khamis.

Mayat Ditutup Karpet, Senjata Tajam Ditemui

Menurut Hanyan, pemeriksaan rapi mendapati mayat pasangan suami isteri itu ditemui di dapur rumah dalam keadaan ditutupi karpet serta pakaian.

Katanya, terdapat percikan darah dan kesan cubaan melupuskan mayat di ruang tamu.

“Mayat pasangan suami isteri dipercayai telah lebih 48 jam, manakala mayat anak mereka masih baru.

“Beberapa jenis senjata tajam turut ditemui berdekatan mayat anak mereka,” ujarnya.

Motif Masih Disiasat

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian ini menjurus kepada perbuatan bunuh, namun motif kejadian masih dalam siasatan.

Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 8 malam Isnin lalu hingga penemuan mayat.

“Hasil maklumat yang diperolehi mendapati lelaki berusia 29 tahun itu pernah mengalami gangguan mental pada tahun 2018 ke 2019, namun tidak pernah mengganggu masyarakat sekeliling.

“Seorang lagi anak mangsa wanita yang bekerja sebagai tentera, baru sahaja kembali ke rumahnya di Johor, Isnin lalu, selepas pulang beraya di situ,” katanya.

Setakat ini, polis telah memanggil lima saksi untuk memberi keterangan.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Sejarah Tercipta! Aliff Rakib Raih Gelaran Dunia Pertama Malaysia Di ONE Championship
|
Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!