Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak

Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, Kota Bharu, Rahaida Abdul Hamid, 50, meninggal dunia selepas rebah ketika menunaikan solat Isyak di rumahnya, semalam.

Suaminya, Muhamad Hussin, 51, berkata arwah rebah dan mengalami kekejangan sebelum tidak sedarkan diri ketika mereka menunaikan solat berjemaah bersama anak bongsu.

“Selepas solat Maghrib, arwah berehat di bilik kerana cuaca panas sebelum kami menunaikan solat Isyak. Ketika rakaat pertama, arwah tiba-tiba rebah,” katanya.

Menurut Muhamad, Allahyarham kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam.

Jenazah Rahaida dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Tambak, Kampung Pasir Kota pada jam 10.15 pagi tadi.

Rahaida merupakan anak kepada pengasas Restoran Nasi Ulam Cikgu, Abdul Hamid Idris, dan pernah meletakkan jawatan sebagai guru bagi meneruskan legasi perniagaan keluarga yang cukup dikenali di Kelantan, termasuk cawangan di Kampung Kraftangan dan Taman Tengku Anis, Pengkalan Chepa.

Allahyarham meninggalkan suami serta lima anak berusia antara 13 hingga 26 tahun.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!