Dua Beradik Hilang Ketika Mandi Di Sungai Jeram Hulu, Dua Rakan Berjaya Diselamatkan

Detik cemas berlaku di Sungai Jeram Hulu, Manir apabila dua beradik perempuan dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai berkenaan, kira-kira jam 3 petang hari ini.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Shafiqah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Limbong, serta adiknya Suhaila, 12, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong.

Difahamkan, mereka mandi bersama dua rakan lain berusia 12 tahun, namun dua rakan terbabit berjaya diselamatkan orang awam selepas turut dihanyutkan arus.

Orang Awam Terjun Selamatkan Mangsa

Menurut saksi, Wan Mohamad Naqiuddin Wan Muda, 33, dia bersama seorang lagi penduduk bertindak terjun ke sungai selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, ketika kejadian berlaku, empat kanak-kanak berkenaan sedang mandi sebelum seorang daripada mereka dipercayai lemas dan tiga yang lain cuba membantu, namun akhirnya semuanya dihanyutkan arus deras.

"Saya bersama seorang yang lain terus terjun dari atas tebing... saya sempat capai seorang daripada mereka dan heret ke kawasan rimba buluh untuk berpaut kira-kira 10 meter dari lokasi dia tenggelam.

"Seorang lagi berjaya diselamatkan selepas hanyut hampir 100 meter, namun dua lagi mangsa gagal ditemui dan dipercayai tenggelam akibat arus sungai yang deras," katanya.

Mohd Naqiuddin turut memaklumkan kawasan berkenaan jarang digunakan untuk mandi ketika air pasang kerana arusnya yang sangat laju.

Bapa Mangsa Terselamat Tak Sangka Anak Pergi Sungai

Sementara itu, bapa kepada salah seorang mangsa yang terselamat, Abdul Fatah Md Ghani, 39, berkata anaknya pergi ke sungai berkenaan tanpa pengetahuannya.

"Saya tidak sangka dia pergi ke sungai dan mandi. Saya mulanya terkejut apabila diberitahu anak lemas, bagaimanapun bersyukur dia diselamatkan penduduk ," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar, berkata operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan dua beradik terbabit.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!