Kes Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM Nurfisya Di Ketereh

Kes kematian tragis pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly yang ditemui dengan 61 tikaman terus menjadi perhatian apabila seorang penuntut kolej didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Selasa atas pertuduhan membunuh mangsa.

Tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Didakwa Bunuh Nurfisya Di Jalan Pengkalan Piah

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian terhadap Nurfisya Zulkifly, 19, antara jam 11.40 malam 30 April hingga 12.20 tengah malam 1 Mei lalu.

Kejadian didakwa berlaku di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh, di sini.

BERKAITAN:
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak

Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak

Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Pendakwaan Dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri

Kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Wan Azimah Yaacob dibantu Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nadzir Abdullah dan Ahmad Naabil Mohamed Asri.

Tertuduh pula diwakili peguam Alias Ibrahim.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 2 Julai ini bagi sebutan semula untuk pengurusan kes dan laporan pakar.

Mahkamah turut memutuskan bahawa tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Mayat Ditemui Berlumuran Darah

Terdahulu, pada 1 Mei lalu, mangsa ditemukan terbaring di atas jalan berhampiran sawah padi dalam keadaan berlumuran darah oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat 61 tikaman di badan dan muka mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat tikaman berganda di bahagian dada.

Susulan kejadian itu, polis menahan empat individu termasuk dua remaja lelaki berusia 19 tahun, termasuk tertuduh.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!