Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur, Alami Jantung Bengkak

Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi tokoh besar apabila bintang veteran versatil, Jalil Hamid, meninggal dunia di kediamannya di Taman Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam, pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Allahyarham Jalil atau nama sebenar Abdul Jalil Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh anak kelimanya, Afiqah Jalil atau Iqa yang memaklumkan arwah meninggal dunia dalam tidur.

“Ayah meninggal dunia dalam tidur di rumah. Ayah mengalami jantung bengkak.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar, petang ini. Sebelum itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Al Munawwarah untuk solat jenazah,” katanya kepada BH Online.

Bermula Kerjaya Di Pelabuhan Johor

Allahyarham merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan dilahirkan pada 25 April 1957 di Kampung Kuala Masai, Masai, Johor Bahru sebelum membesar di Felda Cahaya Baru, Masai.

Arwah memulakan kerjaya di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) pada tahun 1976, namun minat mendalam terhadap seni membawanya menyertai kursus dalam bidang seni pentas di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1979.

Bakatnya terus berkembang apabila aktif dalam pelbagai kegiatan seni di Johor sebelum menyertai Institut Teknologi MARA (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam pada April 1984.

Pernah Rangkul Anugerah FFM

Sepanjang karier, Allahyarham Jalil Hamid dikenali sebagai figura penting yang banyak menyumbang kepada perkembangan seni tanah air, selain pernah meraih pengiktirafan berprestij termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-13.

Pernah Luah Kecewa Tak Dapat Tunai Haji

Sebelum ini, Allahyarham pernah mengakui masalah kesihatan menyebabkan beliau terpaksa melepaskan peluang menunaikan ibadat haji.

Arwah menerima panggilan mengerjakan haji pada tahun lalu, namun tidak dapat meneruskan hasrat tersebut kerana masalah jantung.

“Kalau hendak pergi Haji, peratusan kesihatan jantung kita sekurang-kurangnya perlu melepasi 35 peratus. Jantung saya hanya mencapai tahap 24 peratus.

“Itu yang saya kecewa juga sebab saya sudah tunggu lama nak pergi Haji, dari 2008,” katanya dalam temubual pada Februari tahun lalu.

Allahyarham bagaimanapun pernah menunaikan umrah beberapa kali ketika hayatnya.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!