Penduduk Tunggu Sejak 2021, Jambatan Pasir Era Di Kuala Krai Tak Siap-Siap

Lebih 3,000 penduduk di lima kampung di seberang Sungai Kelantan di sini masih menunggu dengan penuh harapan pembinaan jambatan baharu yang menghubungkan Kampung Pasir Era ke Kampung Pasir Kelang siap, walaupun projek itu telah dimulakan sejak Ogos 2021.

Sungai Kelantan menjadi laluan utama penduduk di kawasan berkenaan yang kini masih bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan feri untuk urusan harian.

Lima kampung masih bergantung feri

Antara kampung terlibat ialah Kampung Pasir Kelang Lama, Pasir Kelang Baru, Buyong, Taku Blok dan Taku Estet.

Penduduk menyifatkan penggunaan feri masih menjadi pilihan utama kerana lebih menjimatkan masa untuk ke bandar Kuala Krai berbanding melalui laluan alternatif yang memakan masa hampir satu jam perjalanan.

jambatan pasir era pasir kelang kuala krai 3


Namun, keadaan itu masih dianggap membebankan terutama apabila musim hujan dan tengkujuh menyebabkan perkhidmatan feri terganggu.

Harapan tinggi terhadap jambatan baharu

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Pasir Kelang, Roslan Mamat berkata penduduk berharap projek jambatan tersebut dapat dipantau dan disiapkan segera demi kemudahan orang ramai.

Menurutnya, pembinaan jambatan sementara juga pernah berdepan masalah apabila runtuh sebanyak dua kali akibat banjir sebelum ini.

Beliau berharap kejadian sama tidak berulang dan projek utama dapat diteruskan sehingga siap sepenuhnya.

Penduduk akui terkesan, terutama musim tengkujuh

Seorang penduduk Kampung Taku Blok, Mohd Nor Abu Bakar, 59, berkata keadaan lebih sukar ketika musim tengkujuh apabila perkhidmatan feri tidak dapat beroperasi.

jambatan pasir era pasir kelang kuala krai 2


Katanya, walaupun terdapat perkembangan pada pembinaan jambatan sementara, mereka tetap berharap projek jambatan kekal dapat disiapkan segera.

Menurutnya, siapnya jambatan itu nanti dijangka membuka lebih banyak peluang pembangunan serta merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Projek berdepan cabaran banjir

Sebelum ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan memaklumkan projek pembinaan jambatan berkenaan yang bermula pada 19 Ogos 2021 berdepan cabaran apabila kejadian banjir dan arus sungai deras merosakkan struktur kerja sementara pada Disember 2025.

Keadaan itu sekali gus memberi kesan kepada kelancaran keseluruhan pembinaan jambatan tersebut.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!