Kes Bunuh OKU Di Bachok: Pasangan Suami Isteri Pula Direman

Pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan kes bunuh seorang orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, yang bekerja sebagai pemasang jubin.

BERKAITAN:
OKU Lembam Maut Dipercayai Dipukul, Ditinggalkan Tepi Jalan Di Bachok

Kes Bunuh OKU Di Bachok: Dua Suspek Rakan Mangsa Ditahan

Adik Kongsi Detik Menyayat Hati Lihat Abang OKU Bertarung Nyawa


Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Sabtu.

Tempoh Reman 7 Hari Dan 5 Hari

Dalam keputusan mahkamah itu, suspek lelaki berusia 26 tahun direman selama tujuh hari, manakala isterinya berusia 27 tahun direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Ditahan Dalam Serbuan Di Padang Salim

Menurut laporan, pasangan terbabit ditahan kira-kira jam 4 petang hasil serbuan di sebuah rumah di Padang Salim, Peringat, Kota Bharu.

Pasangan suami isteri itu tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari dan diiringi anggota polis.

Mangsa Meninggal Dunia Di HPUSM

Sebelum ini, Muhammad Zakir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian pada jam 12.55 pagi, 15 April selepas mengalami kecederaan parah.

Mangsa sebelum itu ditemukan terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan kepala.

Punca kematian disahkan akibat trauma tumpul.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!