Aidilfitri Terganggu, Seminggu Penduduk Gua Musang Berdepan Masalah Air

Sambutan Aidilfitri di beberapa kawasan di daerah ini bertukar hambar apabila penduduk terpaksa berdepan gangguan bekalan air bersih yang berlarutan sejak seminggu lalu.

Masalah tersebut dilaporkan berlaku di sekitar Tanah Putih dan menimbulkan kesulitan besar terutama ketika musim perayaan.

Masalah Lama, Makin Teruk Bila Raya

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim berkata, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk berhubung gangguan bekalan air oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Menurutnya, masalah itu sebenarnya sudah lama berlaku, namun menjadi lebih serius apabila menjelang Aidilfitri.

“Saya difahamkan terdapat rumah di kawasan tinggi di Tanah Putih yang mengalami gangguan air sehingga tujuh bulan lalu.

“Keadaan bertambah teruk apabila ramai ahli keluarga pulang beraya, tetapi tiada bekalan air untuk kegunaan harian,” katanya.

Lori Tangki Hanya Penyelesaian Sementara

Walaupun bantuan lori tangki air disediakan, namun ia dilihat tidak mencukupi dan sekadar penyelesaian jangka pendek.

Penduduk berharap bekalan air bersih dapat disalurkan secara konsisten tanpa perlu bergantung kepada bantuan sementara.

Mohd Syahbuddin turut menggesa pihak berkaitan agar mengenal pasti punca sebenar masalah dan menyediakan pelan tindakan segera serta jangka panjang.

Beliau juga menekankan keperluan koordinasi yang lebih baik supaya tiada kawasan tercicir daripada menerima bantuan air.

Penduduk Terpaksa Beli Air Mineral

Sementara itu, seorang penduduk, Nur Hidayah Ramli, 35, berkata dia terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk membeli air mineral bagi kegunaan harian.

Katanya, keadaan menjadi lebih sukar apabila ramai ahli keluarga pulang beraya.

“Sebelum ini tak pernah putus air sebab ada tangki besar, tapi kali ini gangguan berlaku dua hari sebelum raya dan hari raya kedua.

“Kami terpaksa hubungi lori tangki untuk isi air. Memang kecewa sebab masalah ini sudah lama berlaku,” katanya.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!