Polis Jangka Trafik Gua Musang Sesak Hingga Malam Ini

Aliran trafik di laluan Gua Musang dijangka terus sesak sehingga malam ini susulan pertambahan kenderaan perantau yang pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kenderaan dari Lembah Klang masih bertali arus memasuki daerah itu melalui pintu sempadan.

Menurutnya, kesesakan semakin teruk apabila beberapa kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan di laluan utama Jalan Gua Musang–Kuala Lipis, Pahang.

“Kesesakan trafik di kawasan sempadan Merapoh dan Kampung Mentara mencecah hingga 20 kilometer berikutan terdapat kenderaan rosak di laluan tersebut,” katanya.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Cawangan Bachok’ Kongsi Pengalaman Jadi Tumpuan Ketika Piala Dunia
|
Pemuda dari Kelantan yang menjadi tular kerana wajahnya dikatakan…
Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!