Individu Kongsi Pengalaman Kembali Guna Khidmat Zaki Tiub Motor Selepas 20 Tahun

Nama Mohamad Zaki Mamat, 48, atau lebih dikenali sebagai Zaki Motor Tukar Tiub sudah tidak asing dalam kalangan penunggang motosikal di Kota Bharu apabila beliau dikenali sebagai ‘penyelamat’ yang menawarkan khidmat menukar tiub motosikal secara bergerak.

Perkhidmatan beliau kembali menjadi perhatian selepas perkongsian seorang pengguna media sosial, Wan Md Azlan yang menceritakan pengalamannya menggunakan khidmat Zaki selepas kali terakhir lebih 20 tahun lalu.

20 Tahun Lalu Pernah Guna Khidmat Sama

Menurut perkongsian tersebut, beliau pernah menggunakan khidmat Zaki ketika tayar motosikal bocor berhampiran bangunan The Store Kota Bharu sekitar 20 tahun lalu.

zaki motor tukar tiub motosikal bocor di Kota Bharu


“Kelmarin (baru-baru ini) tayar bocor pula. Cari nombor telefon, terjumpa nombor Zaki… masih setia dengan khidmat tukar tiub seperti puluhan tahun lalu,” katanya.

Setia Menunggu Walaupun Tiada Panggilan

Wan Md Azlan turut memaklumkan bahawa Zaki tetap meneruskan rutin hariannya walaupun kadang-kadang tidak menerima sebarang panggilan pelanggan.

Menurutnya, Zaki akan berada di sekitar Kota Bharu menunggu panggilan walaupun sepanjang hari tiada pelanggan yang memerlukan khidmatnya.

29 Tahun Dalam Bidang Sama

Zaki memaklumkan beliau sudah memulakan perkhidmatan itu sejak berusia 19 tahun dan kini masih meneruskannya pada usia 48 tahun.

Katanya, pada hari kejadian, beliau menerima panggilan sekitar jam 6.30 petang untuk membantu pelanggan yang mengalami tayar bocor.

Khidmat Cepat Di Saat Kecemasan

Perkongsian itu turut menyentuh hati ramai apabila pengguna berkenaan mengucapkan terima kasih atas bantuan pantas Zaki yang memudahkan urusan ketika kecemasan.

“Kalau tak, kena tolak motor jauh nak balik rumah,” katanya.

Bagi yang memerlukan khidmat Zaki Tiub, beliau boleh dihubungi di talian 019-969 9960.

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!