[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki

Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan kaki yang terlindung oleh pokok telah meraih perhatian ramai selepas video berkenaan tular di media sosial.

Video yang dikongsikan oleh Hiyaz Community itu memperlihatkan individu terbabit melakukan kerja-kerja ‘trim’ pokok yang menghalang laluan pejalan kaki dipercayai di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1, Jalan Telipot di sini.

Difahamkan, pokok yang tidak terjaga itu telah tumbuh sehingga menutupi laluan pejalan kaki, sekali gus menyebabkan pelajar tidak dapat menggunakan laluan tersebut seperti biasa.

Keadaan itu dipercayai membahayakan keselamatan pelajar kerana mereka terpaksa berjalan di atas jalan raya yang berhampiran, berisiko dilanggar kenderaan.

Tindakan sukarela yang dilakukan individu dalam video berkenaan mendapat pujian netizen yang menyifatkan usaha itu sebagai satu contoh keprihatinan terhadap keselamatan komuniti.

Untuk rekod, Hiyaz Community dikenali sebagai kumpulan yang aktif melakukan kerja-kerja sukarela di sekitar Kelantan termasuk membantu masyarakat setempat dalam pelbagai aspek.

Lihat video dibawah:

@hiyaz_official

Usaha merdekakan laluan pelajar. Agar nasib yang sama, tidak lagi berulang seperti generasi kami. #CaknaPelajar #LaluanKaki #Bandar #KotaBharu #Sekolah

♬ eto li schast'e? - Rauf & Faik

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!