Lebih 30 Peniaga Pasar Jelawat Bantah Pindah Ke Pasar Baharu

Lebih 30 peniaga kaki lima di kawasan parkir Pasar Jelawat, Bachok menyuarakan bantahan terhadap arahan perpindahan ke Pasar Baru Jelawat dengan menegaskan mereka mahu terus berniaga di lokasi asal yang dianggap lebih strategik serta mempunyai jumlah pelanggan yang ramai, lapor Sinar Harian.

Seorang peniaga cendawan, Haslina Ya, 45, berkata, peniaga menerima surat daripada Pejabat Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam pada 19 Disember lalu untuk menghadiri mesyuarat berhubung cadangan perpindahan tersebut, namun kesemua peniaga yang hadir menyatakan tidak bersetuju untuk berpindah ke pasar baharu yang terletak kira-kira dua kilometer dari pasar lama.

Menurutnya, satu lagi pertemuan diadakan pada 18 Januari lalu bagi pembahagian tapak jualan di Pasar Baru Jelawat, namun lokasi yang ditawarkan juga di kawasan terbuka seperti kawasan parkir di pasar lama, selain peniaga diarahkan berpindah bermula Ahad.

Pasar Jelawat Bachok Kelantan

Suasana sekitar Pasar Jelawat (Foto: Adila Sharinni Wahid | Sinar Harian)



“Peniaga melibatkan penjual ikan, sayur dan buah yang sudah lama berniaga di tapak parkir pasar lama dan membayar tapak bermula RM40 setahun, selain ada pemborong berlesen RM250 setahun.

“Hanya kami yang diarah pindah, manakala peniaga lain seperti peniaga goreng pisang tidak pula,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Haslina mendakwa lokasi pasar baharu yang sunyi, berada di hujung kawasan bandar baharu serta berisiko banjir menyukarkan peniaga menjana pendapatan.

Menurutnya lagi, percubaan berpindah pernah dibuat dua tahun lalu ketika pasar baharu mula dibuka, namun tanpa paksaan.

“Lebih 20 peniaga mencuba berniaga di tempat baharu tetapi rugi, nak dapat RM10 sehari pun susah. Sebab itu kami kembali berniaga di pasar lama,” katanya.

Seorang lagi peniaga sayur, Hasanah Mohd Yusoff, 47, berkata, dia hanya mampu bertahan empat hari di pasar baharu sebelum kembali berniaga di pasar lama.

“Empat hari berniaga, jualan tak sampai RM10. Sayur layu terpaksa dibuang, berbanding jualan di pasar lama lebih laris,” katanya.

Menurutnya, walaupun pengecualian sewa selama tiga bulan diberikan di pasar baharu bermula Ahad, kebanyakan peniaga tetap tidak mahu berpindah kerana ketiadaan pelanggan.

“Sewa tapak di sini RM40 setahun, di sana pula perlu sewa RM150 sebulan,” katanya.

Peniaga sayur dan buah, Mohd Zulhafiza Jaafar, 44, yang berniaga selama 18 tahun berkata, perpindahan itu akan menyebabkan mereka kehilangan pelanggan tetap.

“Kawasan ini tumpuan orang ramai, di sana sunyi. Kalau pindah, memang hilang pelanggan tetap,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Norazmi Shafei, 56, berkata, isu infrastruktur turut menjadi kebimbangan kerana tapak baharu yang ditawarkan juga berada di kawasan parkir tanpa bumbung.

“Pindah itu tidak salah, tetapi tempat baharu pun tiada bumbung. Lebih baik kami terus berniaga di sini walaupun tanpa bumbung, sebab pembeli ramai,” katanya.



Sinar Harian difahamkan sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada pihak Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam berhubung perkara ini.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!