Jambatan Baharu Kampung Chatel Damai Siap, Dinamakan Jambatan Wan Jamilah

Penduduk Kampung Chatel Damai di Kuala Krai kini boleh menarik nafas lega apabila sebuah jambatan baharu siap dibina bagi menggantikan titi gantung yang runtuh pada awal Januari lalu.

Jambatan sepanjang 36 meter itu boleh digunakan secara rasmi bermula hari ini dan mampu dilalui kenderaan dengan berat bawah lima tan, sekali gus memudahkan urusan harian penduduk setempat.

Kemudahan tersebut turut dinamakan Jambatan Wan Jamilah, mengambil sempena nama pengantin perempuan, Wan Jamilah Wan Syukri.


Runtuh Ketika Majlis Perkahwinan

Nama jambatan itu berkait dengan kejadian cemas apabila lebih 50 tetamu termasuk rombongan pengantin lelaki terjatuh ke dalam sungai selepas titi gantung runtuh ketika majlis perkahwinannya sebelum ini.

Wakil penduduk, Wan Syukri Wan Isa, 53, berkata kemudahan baharu itu menjadi hadiah paling bermakna buat penduduk kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Penduduk Lama Mahu Jambatan Baharu

Menurutnya, penduduk telah lama berharap sebuah jambatan lebih kukuh dibina kerana titi gantung lama yang digunakan sebelum ini sudah berusia lebih 24 tahun dan berisiko kepada keselamatan.

“Saya tidak menyangka peristiwa titi gantung yang runtuh ketika majlis pernikahan anak akhirnya membawa rezeki kepada seluruh penduduk apabila kerajaan meluluskan pembinaan jambatan baharu.

“Jambatan itu boleh dilalui kereta dan memudahkan penduduk berulang-alik keluar masuk kampung,” katanya.


Mudahkan Urusan Penduduk Dan Pemilik Kebun

Jambatan baharu itu juga memudahkan pemilik kebun mengangkut hasil pertanian keluar dari kampung selain memberi kemudahan kepada anak-anak serta cucu yang pulang ke kampung menyambut Hari Raya.

Majlis perasmian dan penyerahan jambatan tersebut disempurnakan oleh Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) Kelantan, Wan Nur Ibtisam Wan Ismail.

Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Wan Muhd. Rahimi Wan Salleh serta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Siti Fairus Zakaria.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!