Eda Ezrin Selamat Bersalin Anak Ketiga, Timang Bayi Perempuan

Penyanyi lagu dialek Kelantan, Eda Ezrin, selamat melahirkan anak ketiganya di sebuah hospital swasta di Kota Bharu pada Selasa.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, selamat bersalin bayi perempuan dengan berat 2.75 kilogram,” tulisnya.

Sebelum ini, Eda Ezrin pernah berkongsi keterujaannya apabila single terbaharu berjudul Adik Saye Abe Sore yang dinyanyikan bersama Den Manjo berpotensi mengulangi kejayaan lagu Bea Sobar Bea atau Cinta Setandang Pisang yang pernah mencetuskan fenomena sehingga ke Indonesia.

Menurutnya, kejayaan itu diyakini mampu dicapai dengan sokongan berterusan daripada peminat seperti yang diterima bagi karya terdahulu.

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!